fbpx
Now Reading
Sempena CNY, GL Play Tawar ‘Play Lóng Lóng’ Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Sempena CNY, GL Play Tawar ‘Play Lóng Lóng’ Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Apa yang lebih menarik, sempena Tahun Baru Cina ini SplashMania turut memperkenalkan dua tarikan baharu iaitu Zoomi’s Runway dan Sky Leap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak lama sahaja lagi, rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina.

Bersempena dengan perayaan tersebut, Gamuda Land menerusi GL PLay telah mengadakan ‘ultimate leisure hub’ yang diberi nama ‘Play Lóng Lóng’, melibatkan beberapa lokasi mereka di sekitar Selangor bermula dari 6 Februari sehingga 10 Mac ini..

Antara tempat menarik adalah Taman Air SplashMania di Gamuda Cove, Banting dan juga FunPark di Gamuda Luge Gardens, Rawang yang mana pengunjung boleh berkumpul bersama keluarga dan rakan untuk merasai pengalaman menyambut Tahun Baharu Cina yang pertama kali dilakukan.

Zoomi’s Runway dan Sky Leap dua tarikan baru di SplashMania

Bukan itu sahaja, buat pengemar aktiviti ekstrim Taman Air SplashMania turut menawarkan dua tarikan baharu yang bakal menguji tahap adrenalin anda.

Yang pertama adalah landasan Zoomi Runway iaitu zipline yang akan membawa anda turun daripada Kapal Amazonia ke Omba’ King Cove sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Foto: Akmal / TRP

Tarikan kedua yang baru dilancarkan adalah Sky Leap. Bagi yang sukakan cabaran inilah masanya untuk anda melakukan lompatan ‘Lóng Lóng’ dari lokasi tertinggi di Taman Air SpalshMania.

Tawaran istimewa sempena Tahun Baru Cina

Ha pasti ada yang sudah tidak sabar bukan untuk mencuba dua tarikan menarik ini, untuk pegetahuan anda hanya perlu menambah RM45 untuk mencubanya.

Walau bagaimanapun, sempena ‘Play Lóng Lóng’ anda kini boleh menikmati harga promosi yang digabungkan dengan Surf Mania pada harga RM30 satu tarikan RM50 untuk dua tarikan dan RM60 untuk ketiga-tiga tarikan tanpa had (unlimited).

Lebih menarik lagi mereka yang memiliki tiket Taman Air SplashMania boleh menikmati diskaun ekslusif sehingga 50% untuk tarikan lain di Gamuda Cove. Anda boleh memilih ‘Adventure Pack’ atau ‘Nature Pack’ dan melawat ke Wetlands Pusat Arboretum untuk melihat alam semula jadi.

Untuk makluman pakej ini sah selama dua bulan selepas pembelian.

Pelbagai aktiviti menarik di SplashMania dan FunPark

Untuk memeriahkan lagi perayaan ini pengunjung juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan tradisi perayaan Tahun Baru Cina seperti tarian naga, persembahan Orkestra Cina.

Bahkan Skuad Splash yang sering dinanti-nantikan orang ramai juga akan tampil dengan pakaian Tahun Baru Cina ketika bertemu dengan para pengunjung sepanjang perayaan ini.

Anda juga dapat melihat Dancing Dreamer di atas pentas sementara Soaring Dragon (naga) akan terbang untuk membuat persembahan yang memukau di mana anda juga boleh melepaskan sifat pahlawan anda dengan persembahan ‘Kung Fun Mania’.

Aktiviti lain ditawarkan adalah ‘Giant Lo Sang’ dan persembahan klasik permainan ‘naga dan tangga’ selain terdapat pelbagai barangan cendramata menanti. Jadi tunggu apa lagi jangan lupa untuk rasai pengalaman yang penuh kejutan dan kegembiraan sepanjang musim ini.

“Pada Tahun Naga yang bertuah ini, kami di Gamuda Land menjemput anda untuk bermain ‘Play Lóng Lóng’ tidak hanya di SplashMania, Gamuda Cove tetapi juga di FunPark, Gamuda Luge Gardens. Di mana kami telah menyediakan pelbagai persembahan untuk cuti sekolah anak-anak anda!

“Kami bercita-cita untuk menyediakan pakej kombo, di mana semua orang boleh merasai pengambaraan pada tahun baru. Malah, GL Play bukan sekadar hab riadah sebaliknya kami adalah kanvas yang menghidupkan budaya Malaysia,” ujar Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Liong Ve Lyn.

Selain itu, GL Clix yang merupakan pasukan paparazi SpalshMania juga akan sentiasa bersedia untuk merakamkan momen indah anda sepanjang menjadi pengunjung di taman air berkenaan.

Malah anda juga boleh memuat turun secara percuma foto digital menerusi aplikasi di GL Play. GL Clix juga akan menawarkan kombo sempena Tahun Baru Cina yang unik untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Harga bagi kombo tersebut adalah RM180 dan tetamu akan mendapat gambar bercetak di dalam bingkai dan magnet bertema Tahun Baru Cina.

Jadi tunggu apa lagi gais? Bawa keluarga atau rakan-rakan anda raikan Tahun Baru Cina ini di Gamuda Cove dan Gamuda Luge Gardens. Tempah tiket anda sekarang di aplikasi GL Play atau layari laman sesawang di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.