fbpx
Now Reading
Pelbagai Aktiviti Menarik Di SplashMania Sempena Krismas

Pelbagai Aktiviti Menarik Di SplashMania Sempena Krismas

Santa’s Ho-Ho-Holiday turut menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi tarikan lain seperti di Discovery Park dan Paya Indah Discovery Wetlands.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui cuti hujung tahun sudah hampir tiba. Oleh itu, ramai yang mula mencari di manakah tempat yang bersesuaian untuk meluangkan masa bersama rakan dan juga keluarga.

Ada yang memilih untuk bercuti di kawasan semula jadi dan ada juga yang mahukan keseronokan aktiviti seperti di taman tema, taman tema air dan sebagainya.

Sempena cuti sekolah dan perayaan Hari Natal yang bakal tiba, SplashMania tampil dengan kempen terbaharu mereka iaitu “Santa’s Ho-Ho-Holidays.”

Bermula pada 16 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024, Santa’s Ho-Ho-Holidays bakal menjanjikan keterujaan yang tidak terhingga kepada penggunjung.

Apa yang lebih mengujakan taman tema air SplashMania akan dihiasi dengan pelbagai dekorasi sempena Krismas yang pasti akan membuatkan pengunjungnya tidak sabar untuk melakukan aktiviti.

Tidak hanya itu mereka turut menawarkan promosi istimewa. Ya promosi istimewa!

Nikmati diskaun 50% di Discovery Park & Paya Indah Discovery Wetlands

Sempena dengan musim perayaan yang meriah ini, pelanggan SplashMania berpeluang menikmati diskaun sebanyak 50% diskaun di tarikan berdekatan taman tema air seperti Discovery Park dan juga Paya Indah Discovery Wetlands.

Bukan hanya itu, anda juga boleh membuat pembelian barangan Krismas SplashMania edisi terhad untuk dibawa pulang ke rumah sebagai kenangan.

Bukan hanya itu, anda juga boleh menikmati jamuan sempena perayaan Hari Natal yang lazat dengan pakej seekor ayam panggang pada harga RM168 sahaja.

Hidangan yang lazat ini turut dihidangkan bersama-sama dengan ubi kentang, sayur-sayuran, jagung bersama dua sos sedap iaitu sos lada hitam dan cendawan.

Sekiranya anda tinggal sekitar 30 kilometer (km) dari kawasan SplashMania di Kuala Langat anda boleh mengambil kesempatan daripada promosi ini untuk mendapatkan penghantaran istimewa.

Bagaimana cara untuk mendapatkan penghantaran istimewa?

Buat pesanan awal sekurang-kurangnya empat hari sebelum tarikh yang diinginkan dan ia akan dihantar terus ke depan pintu anda!

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti ‘Magic Snow’ dan menari bersama Splash Squad

Selain diskaun dan pakej makanan, anda juga dapat merasai ‘magic snow’ dan menari bersama-sama dengan Splash Squad iaitu Omba’King The Dugong, Swaggy B The Sun Bear, Zoomi The orang Itan dan juga Max The Otter dengan pakaian kostum istimewa mereka sempana perayaan Krismas.

Anda juga berpeluang untuk merakamkan gambar dengan kualiti profesional sepanjang berada di taman tema ini dengan perkhidmatan daripada Splash Squad mereka. Perkhidmatan Foto Digital GL CLIX In-Park juga membolehkan anda untuk meyimpan gambar kenangan bersama keluarga dan juga rakan.

Selain itu anda juga akan dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti:

  • Lagu-lagu Krismas klasik yang menenangkan daripada kumpulan Caroling Dreamer yang akan membuat persembahan secara langsung di atas pentas.
  • Persembahan tarian daripada Jolly Dance yang penuh bertenaga.
  • X’mas DJ Show yang akan memutarkan rentak lagu yang bakal membuatkan percutian anda bersama keluarga lebih hitz!
  • Persembahan eksklusif Santa Surfing pada 23 – 25 Disember 2023 dan anda dapat melihat bagaimana Santa Claus beraksi di Teluk Omba’King dengan membawa elemen magik Krismas kepada SpalshMania.

“Ketika kami menyambut musim cuti, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Santa’s Ho-Ho-Holidays’, Krismas ini menjanjikan keseronokan kepada pengunjung di setiap lapisan umur.

“Inilah musim di mana anda boleh membawa keluarga serta rakan anda boleh menikmata kegembiraan di SplashMania. SplashMania bukan sekadar taman tema air – ia berubah menjadi destinasi untuk pengalaman Krismas dengan detik manis bersama yang tersayang,” kata Pengurus Besar (Riadah & Hospitaliti) Gamuda, N. Sanjay.

Oleh itu, selami kemeriahan sambutan Krismas yang meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik ini selain anda juga dapat menikmati percutian bersama tersayang yang ditawarkan oleh SplashMania.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan ketinggalan untuk rasai Santa’s Ho-Ho-Holidays di SplashMania Waterpark untuk pengalaman Krismas yang luar biasa.

Untuk maklumat lanjut berhubung pembelian tiket, layari laman sesawang Gamuda Cove.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.