fbpx
Now Reading
Gamuda Cove Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik & Sesuai Dijadikan Destinasi Percutian!

Gamuda Cove Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik & Sesuai Dijadikan Destinasi Percutian!

Anda boleh melengkapkan percutian all-in-one di Gamuda Cove dengan membeli tiket masuk ke Indah Discovery Wetlands, Discovery Park dan SplashMania menerusi GL Play.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila merancang sahaja trip bercuti, segelintir daripada kita pasti akan memikirkan percutian ke luar negara.

Tapi sebelum nak ke luar negara tu tunggu dulu, sebab kami ada satu ‘hidden gem’ di Malaysia atau lebih tepatnya di Selangor yang tawar destinasi percutian sesuai untuk keluarga dan kawan-kawan.

Perkenalkan Gamuda Cove, destinasi pelancongan dengan pelbagai tarikan iaitu Discovery Park, Paya Indah Discovery Wetlands dan SplashMania Waterpark.

Eh Gamuda Cove ni bukan ke kawasan perumahan? Haa itu betul tapi ia bukan kawasan sahaja perbandaran sebaliknya ‘syurga dunia’ buat korang yang sukakan aktiviti riadah, pengembaraan dan semula jadi.

Memandangkan trend sekarang adalah percutian sambil healing, jom pack barang korang dan sertai kami di Gamuda Cove. 

Discovery Park

Lokasi pertama yang akan dituju pastinya Discovery Park. Sesuai dengan statusnya sebagai zon rekreasi dan pengembaraan, Discovery Park  menawarkan pelbagai aktiviti lasak dan mendebarkan. 

Apa yang ada di sini? 

ATV & Rud Karting

Foto: Gamuda Land
Foto: Gamuda Land

Bagi yang meminati sukan permotoran, korang berpeluang untuk menaiki ATV dan juga Electric Go-karting. 

Di sini trek ATV yang disediakan sangat mencabar di mana korang akan meredah kawasan berbukit, pasir dan lumpur! 

Manakala bagi yang berjiwa kelajuan, Go-kart dari RUD Karting adalah salah satu aktiviti wajib untuk korang cuba. Berlumba di trek ini akan buat korang rasa seperti dalam video game, dan antara litar yang paling unik di Malaysia tau!

Paintball 

Foto: Gamuda Land

Selain itu, kawasan ini turut menawarkan aktiviti lain seperti Paintball iaitu Paintball Target Shooting dan Paintball War Game. Jadi bolehlah korang membakar adrenalin korang dengan aktiviti sihat ni guys!

Permainan ini terbuka kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas (bawah 18 tahun kena ditemani penjaga).

Dari segi keselamatan, jangan risau kerana setiap peserta akan diwajibkan memakai alatan keselamatan selain ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi segalanya terjamin. 

Goosebumps Rope Course

Foto: Gamuda Land

Selain daripada itu, antara tarikan lain di Discovery Park ini sudah tentunya Goosebumps Rope Course. Jika korang sampai je di kawasan ni dari jauh dah boleh nampak rintangan-rintangan yang perlu dilalui untuk sampai ke tingkat atas.

Untuk pengetahuan korang, tarikan ini merupakan rope course yang mempunyai paling banyak elemen bertali di negara ini, siap dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records! Bahkan ketinggiannya juga mencecah 16 meter manakala diameternya pula selebar 20 meter. 

Selain 11 jenis aktiviti climbing untuk kanak-kanak, Goosebumps Rope Course turut menawarkan 57 aktiviti buat golongan dewasa termasuklah abseiling dan platform event rooftop.

Cove Aerobar

Foto: Gamuda Land

Cove Aerobar dengan ketinggian 35 meter ini merupakan ‘ride’ yang pertama seumpamanya di Asia Tengara. 

Sebaik berada di udara, korang akan disajikan pemandangan cantik di seluruh kawasan Gamuda Cove. Walaupun gayat masa nak naik Cove Aerobar ni, tapi pengalaman dan pemandangan yang akan korang nikmati fuhhhh sangat berbaloi. 

Selain tarikan di atas terdapat banyak lagi aktiviti hebat yang ditawarkan di Discovery Park ini seperti: 

  • Bungeefly
  • Beach Pool Club
  • Carousel
  • Trampoline
  • Aktiviti Memanah

Semua tiket bagi aktiviti menyeronokkan ini boleh dibeli menerusi aplikasi mudah alih GL Play yang disediakan oleh Gamuda Land. 

Paya Indah Discovery Wetlands

Tarikan dengan keluasan 1,111 ekar tanah lembap ini merupakan satu kawasan habitat kepada hidupan liar. Malah ia turut mempunyai konservatori semula jadi dengan 11 tasik yang menempatkan 14 jenis spesies reptilia seperti buaya, ular, penyu dan juga 225 spesies burung, badak air, memerang serta beberapa mamalia yang lain. 

Kawasan ini juga merupakan sebuah hab eko-pelancongan di Lembah Klang dengan pelbagai aktiviti. 

Jika korang merupakan seorang pencinta alam semulajadi, Paya Indah Discovery Wetland merupakan tarikan destinasi yang tepat dan wajib untuk diterokai.

Safari Insta-Tour

Foto: Gamuda Land

Antara aktiviti mengujakan di sini adalah Safari Insta-Tour di mana pengunjung akan dibawa menaiki trak untuk melihat pemandangan denai dan laluan buluh, Tasik Sendayan serta pelbagai ‘scenery’ menarik termasuk sebuah Rumah Melayu yang pastinya mencetuskan nostalgia. 

Untuk kaki Instagram pula, jangan lepaskan peluang bergambar dan mengabil video di sini kerana kesemua lokasi di sini sangat ‘Insta-worthy’. Barulah boleh flex!

Boat Cruise

Foto: Gamuda Land

Siapa kata korang hanya boleh lakukan aktiviti di darat sahaja? Paya Indah Discovery Wetland turut menyediakan aktiviti Boat Cruise di mana korang berpeluang untuk meninjau kehidupan liar yang berada di sekitar kawasan tasik.

Malah korang mungkin akan teruja dengan hidupan liar yang bakal ditemui apabila menaiki boat cruise ni. Jika sebelum ni hanya dapat lihat di tv atau dalam sangkar, sekarang korang boleh tengok ia bebas berjalan di depan mata.

Camping

Foto: Gamuda Land

Bagi pengunjung yang gemar berkhemah, di sini juga ada disediakan tapak perkhemahan. Sama seperti aktiviti lain, korang boleh melakukan tempahan tapak hanya dengan menggunakan aplikasi GL Play je!

Takde peralatan dan khemah? Tiada masalah kerana mereka juga menyediakan servis sewa khemah. Apa lagi bawa baju dan barang-barang wajib je gais!

Selain tiga aktiviti tersebut, aktiviti lain yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Memancing
  • Adventure cycling
  • Bird Watching 
  • Jungle School Programme : aktiviti pengembaraaan dan pendidikan mengenai flora & fauna buat kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun di Paya Indah Discovery Wetlands. 

Wetlands Arboretum Centre

Tak dinafikan semua aktiviti yang berada di Paya Indah Discovery Wetlands ini sememangnya terbaik, namun kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan tarikan terbaharu yang ada di Gamuda Cove iaitu Wetlands Arboretum Centre.

Wetlands Arboretum merupakan sebuah kawasan perlindungan semula jadi yang memulihara hidupan liar, sebagai berfungsi sebagai bank benih hutan dan menjadi pusat penyelidikan alam semula jadi.

Ia bertujuan untuk memulihkan semula biodiversiti tempatan selain turut dijadikan sebagai pusat penyelidikan dan kajian biodiversiti. 

Malah di sini juga turut menekankan kepentingan alam sekitar selain turut memaparkan spesimen tumbuhan yang hidup di tanah lembap bagi menjaga ekosistem di kawasan tersebut. Mereka turut mengusahakan pembiakan tumbuhan yang bersesuaian.

Apa yang lebih menarik di Wetlands Arboretum Centre ini turut menjalinkan kerjasama bersama Orang Asli dari Pertubuhan Sahabat Gambut Asli Temuan (SGAT) bagi memperkenal budaya serta bengkel di tarikan ini.

Nak tahu apa aktiviti yang ada ketika bengkel? 

Korang  berpeluang untuk belajar mengenai kraftangan yang dibekalkan mereka di Wetlands Arboretum Centre ini. 

Apa yang lebih menarik, korang juga boleh melawat galeri pendidikan yang disediakan. Di sini mereka turut memperkenalkan sebanyak 200 spesies tumbuhan dan sekitar 3,000 pokok yang dipelihara di kawasan seluas 90 ekar.

SplashMania

Foto: Gamuda Land

Lokasi terakhir yang kami akan bawa korang sudah tentunya taman air SplashMania yang pasti menjanjikan keseronokan sebaik menjejakkan kaki hingga pulang. 

Taman yang berkeluasan 18 ekar ini turut menyediakan sebanyak 24 gelongsor air dan juga 15 tarikan utama yang bakal buat korang excited dan tak sabar nak cuba semuanya.

Malah dari lebuhraya sebelum masuk ke kawasan Gamuda Cove pasti korang akan nampak kapal ikonik, Amazonia yang sentiasa mengundang perhatian ramai khususnya mereka yang sukakan aktiviti air. 

Baik tanpa berlengah lagi, jom kami bawa anda mandi bersama-sama sambil terokai gelongsor air dan tarikan yang menarik tu.

Sama seperti taman tema lain, SplashMania turut mempunyai tarikan ‘lazy river’ yang dipanggil Ravage River  di mana korang dapat meneroka pelbagai elemen seperti Savage Ravage, Secret Lair, Donut Rapids, Bubbly Dip, Monsoon, Pinnacle Creek, Rain Shooters, Happy Feet serta Wave Ball Pool.  

Bagi yang membawa kanak-kanak tarikan utama pastinya Treasure Tower di mana mereka turut menyediakan pelbagai gelongsor dan siap ada lampu LED berwarna-warni. Confirm anak-anak korang tak nak keluar dari sini 😛.

Foto: Gamuda Land

Walau bagaimanapun, usah bimbang selain daripada gelongsor di Treasure Tower yang khusus untuk kanak-kanak, di sini juga ada gelongsor seperti Monsta, Twista dan juga gelongsor VR yang membawa anda ke dunia Atlantis.

Foto: Gamuda Land

VR? Ya korang tak salah dengar! Haa pasti ada yang tertanya-tanya macam mana rasa naik gelongsor dengan VR, jika nak tahu kenalah cuba guys.

Selain itu mereka turut mempunyai beberapa tarikan lain seperti:

Plunge 

Foto: Gamuda Land

Jika korang sukakan ketinggian atau nak cabar keberanian diri, Plunge ini adalah antara tarikan yang wajib korang cuba. Tengok dari bawah pun rasa gayat!

Namun pastinya ia sesuatu kepuasan bila dah naik gelongsor ni. 

Wild Rush

Foto: Gamuda Land

Untuk gelongsor air Wild Rush ni, korang perlulah tahu berenang kerana ia mempunyai kedalaman paras air yang sedikit tinggi. 

Namun usah bimbang kerana ia sentiasa diawasi oleh ‘lifeguard’ yang berada dekat dengan korang sebaik sahaja turun dari kolam ini.

Monsta & Twista

Foto: Gamuda Land

Kalau dah sampai ke SplashMania, ini adalah gelongsor air yang wajib korang naik. Kenapa? Selain Plunge, gelongsor air Monsta dan Twista akan memberikan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Serius best kan? Tapi sebelum merancang perjalanan korang, berikut adalah waktu operasi bagi setiap tarikan:

Discovery ParkHari Biasa: 12.00pm – 8.00pm
Hujung Minggu & Cuti Umum: 10.00am – 8.00pm
Paya Indah Discovery WetlandsSetiap Hari: 9.00am – 5.00pm
SplashManiaSetiap Hari: 10.00am – 6.00pm

Walau bagaimanapun, bermula Oktober kesemua tarikan ini ditutup pada setiap hari Rabu kecuali waktu cuti sekolah dan cuti umum.

Jadi tunggu apa lagi? Mari buat pembelian tiket. Tak payah susah-susah pergi kaunter guna aplikasi GL Play je senang! 😉

Selain aplikasi anda juga boleh membuat pembelian tiket secara di sini atau untuk sebarang maklumat layari laman rasmi GL Play.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.