fbpx
Now Reading
Tak Tahu Nak Makan Mana Ketika Tahun Baru Cina? Ini 7 Restoran ‘Muslim-Friendly’ Untuk Anda

Tak Tahu Nak Makan Mana Ketika Tahun Baru Cina? Ini 7 Restoran ‘Muslim-Friendly’ Untuk Anda

Antara lokasi yang menarik untuk makan bersama ahli keluarga sempena Tahun Baru Cina adalah HOMST dan DIN by Din Tai Fung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara salah satu tradisi yang dilakukan ketika sambutan Tahun Baru Cina adalah makan malam beramai-ramai bersama ahli keluarga.

Ketika makan malam tersebut, kebiasaannya mereka akan menghidangkan jamuan Yee Sang dan kuih bakul tradisional atau ‘Nian Gao‘ yang melambangkan tuah serta kemakmuran.

Selain dilakukan di rumah, makan malam tersebut juga boleh dilakukan di kedai makan atau restoran.

Jadi kepada anda yang masih belum mempunyai pilihan lokasi untuk melakukan makan malam bersama ahli keluarga sempena Tahun Baru Cina, jom kami bantu anda dengan beberapa senarai di bawah.

Antaranya:

#1. Restoran Golden Valley
Sumber: Traveloka

Restoran Golden Valley ini menawarkan pelbagai sajian masakan Cina yang halal seperti lauk ketam masak cili, kulit ikan salmon yang rangup, ayam marmite dan sebagainya.

Sumber: Instagram @ying2chua/ @babysumo

Dekorasi dalamannya cantik juga. Simple dan minimalis serta dihiasi dengan barangan tembikar Cina yang klasik.

Keluasan kedainya juga agak besar dan sesuai untuk mereka yang mahu makan beramai-ramai bersama keluarga.

Sumber: Traveloka
  • Alamat: 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 11:00 AM hingga 10:00 PM
#2. Restoran Ruyi & Lyn
Sumber: Instagram @ruyilyn

Kalau nak tukar selera kepada kombinasi masakan Cina dan Jepun pula, Restoran Ruyi & Lyn adalah salah satu lokasi dalam pilihan anda kerana selain hidangan nasi ayam hainan dan nasi lemak, mereka juga menyajikan pelbagai jenis sushi.

Sumber: Instagram @ander.sher/ @rach3lch3w

Ruang dalaman restoran ini lebih ke arah moden dan ala-ala T20. Keluasannya sekitar 22,000 kaki persegi juga sesuai untuk dihadiri dalam jumlah yang ramai

Lebih menarik lagi, restoran ini mempunyai bilik yang lebih privasi bersama set karaoke dan juga ruang outdoor.

Sumber: timchew.net
  • Alamat: 4th Floor Annex Bangsar Shopping Center, 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 11:00 AM hingga 3:00 PM dan 6:00PM hingga 11:00 PM
#3. Restoran Amber
Sumber: Foursquare/ Wanderlust PJ

Apa yang membuatkan Restoran Amber ini boleh menjadi lokasi untuk anda makan malam bersama ahli keluarga sempena Tahun Baru Cina adalah kerana hidangan mereka yang sedap dan dimasak secara tradisional.

Sumber: Instagram @syakirinsyazwan/ @hi_misswatermelon

Antara hidangan yang anda patut cuba di Restoran Amber adalah brokoli tumis dengan cendawan, penkek kucai, kacang kung pao, kambing panggang, dan tulang rusuk daging lembu.

Selain keluasannya yang ‘mesra keluarga’, staf mereka juga peramah dengan para pelanggan.

Sumber: mymuslimin
  • Alamat: Unit 14, Level 1, Nexus, 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 11:45 AM hingga 9:30 PM
#4. Restoran Jibby Chow
Sumber: Food Advisor

Kepada penggemar hidangan masakan Cina, Restoran Jibby Chow menyajikan pelbagai jenis makanan untuk memenuhi keinginan anda. Dari menu itik, lobster, daging dan ayam, semuanya ada.

Sumber: Food Advisor

Dekorasi dalamannya yang eksklusif akan memberi pengalaman yang indah ketika anda menikmati hidangan bersama ahli keluarga bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Sumber: Let’s Plan! Jom Jalan-jalan!
  • Alamat: 4, Jalan Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Bermula jam 7:30 AM hingga 6:00 PM
#5. Restoran HOMST 
Sumber: mlmlovers

Kalau anda mahu makan besar bersama keluarga di luar tetapi tetap mahukan suasana yang agak ‘homie’, HOMST adalah lokasinya.

Sumber: landing.rassan

Hidangan yang disajikan di HOMST juga akan membuatkan anda berasa seolah-olah sedang makan di rumah. Jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk cuba beberapa menu popular mereka seperti Ikan Stim Masak Asam, Mi Wantan dan Butterprawn.

Sumber: HOMST/ Instagram @nailyhashim

Alamat: 

  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
  • Wangsa Maju
  • Kampung Baru
  • Kajang
  • Shah Alam
  • Cyberjaya
  • Setia Alam
  • Putrajaya 
  • Bangi
#6. Restoran Anas
Sumber: Facebook Anas Chinese Restaurant

Apa yang istimewa tentang Restoran Anas ini adalah mereka dikenali dengan hidangan Xinjiang seperti Mutton Handmade Noodle Soup, Signature Roasted Lamb, Fried Fish Dumplings and Spicy Fern Noodles in Vinegar.

Sumber: Facebook Anas Chinese Restaurant

Suasana restoran ini juga mendamaikan dan sesuai untuk menjadi lokasi makan bersama ahli keluarga.

Sumber: Facebook Anas Chinese Restaurant
  • Alamat: Suite Apartment, Danau Kota, Jalan 1a/6, Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari, jam 11:30 AM hingga 10:00 PM
#7. DIN by Din Tai Fung
Sumber: Instagram @dinbydintaifung

Restoran Taiwan ini iaitu DIN by Din Tai Fung adalah salah satu restoran yang cukup popular dengan menu masakan Cina mereka terutamanya dumpling.

Kepada anda yang mahu memilih lokasi ini sebagai tempat untuk menikmati makan malam sempena Tahun Baru Cina dengan ahli keluarga, pastikan anda memilih cawangan yang ‘muslim friendly’ tanpa menyajikan menu pork.

Sumber: Instagram @dinbydintaifung
  • Alamat: Pavilion Damansara Heights dan Suria KLCC
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari 10:00 AM hingga 10:00 PM

Semoga senarai ini dapat membantu anda membuat pilihan untuk makan malam sempena Tahun Baru Cina bersama keluarga dengan lebih meriah.

Team Buzzkini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina in advance kepada mereka yang menyambutnya!

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-3 Destinasi Paling Popular Untuk Tahun Baru Cina

Baca Artikel Berkaitan: Jom Cuba 10 Jenis Snek Halal Kaum Cina Sempena Tahun Baru Cina

Baca Artikel Berkaitan: CNY Tak Lama Lagi, Ini 8 Cadangan Hadiah Menarik Untuk Ahli Keluarga

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.