Aeril Zafril Jual Kereta Lamborghini Aventador, Derma Sebahagian Hasil Jualan Kepada Palestin
Aeril membuat keputusan untuk menjual kereta jenis Lamborghini Aventador itu manakala separuh dari hasil jualan disalurkan ke Persatuan Cinta Gaza.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak awal bulan yang lalu, masyarakat dunia digemparkan dengan konflik antara Palestin dan Israel.
Sehingga kini, konflik itu dilihat menjadi semakin teruk hingga mengorbankan hampir puluhan ribu nyawa individu yang tidak bersalah.
Prihatin dan sedih dengan apa yang menimpa mereka disebabkan kekejaman tentera Israel, kebanyakan pihak tanpa mengira status dan bangsa menunjukkan tanda sokongan kepada rakyat Palestin.
Pelbagai bentuk sokongan yang dapat dilihat antaranya seperti mengadakan solat hajat dan juga sumbangan wang ringgit.
Malah, kebanyakan artis seperti Daiyan Trisha, Nadiyah Shahab dan Nadhir Nasar turut dilihat lantang menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin.
Aeril Zafril Jual Kereta Mewah, Niat Hasil Jualan Disumbangkan Kepada Rakyat Palestin
Terbaharu, pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafril melalui akaun Instagram miliknya mengumumkan telah menjual kereta mewah pemberian isterinya, Wawa Zainal.
Aeril membuat keputusan untuk menjual kereta jenis Lamborghini Aventador itu setelah dia dikatakan jarang menggunakan kenderaan tersebut.
Apa yang lebih mengagumkan, Aeril berniat untuk menderma sebahagian hasil jualan kepada rakyat Palestin.
“Insya-Allah, sebahagian hasil ni kita derma dekat Palestin,” tulis Aeril menerusi video berkenaan.
Malah, menerusi hantaran tersebut, telah terdapat pembeli yang mengambil dan memandu kereta mewah berkenaan.
Kongsi Tangkap Layar Derma Ke Akaun Bank Persatuan Cinta Gaza
Malah, menerusi hantaran terkini, Aeril dilihat berkongsi tangkap layar yang menunjukkan dia telah menyalurkan wang daripada hasil jualan tersebut ke akaun bank Persatuan Cinta Gaza namun jumlah wang yang didermakan tidak diketahui.
Untuk info, kereta mewah jenis Lamborghini Aventador merupakan hadiah daripada isteri tercinta buat pelakon lelaki berkenaan. Kereta yang bernilai RM2.27 juta itu dihadiahkan kepada Aeril pada April tahun lalu.
Sebelum ini, media pernah melaporkan bahawa Aeril mahu menjual kereta berkenaan setelah puas memandu kenderaan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Bayar Zakat Lebih RM50,000, Aeril Zafrel Terima Penghargaan Dari Zakat Selangor
Baca Artikel Berkaitan: Demi Saham Akhirat, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Bakal Bina Masjid Di Johor