
Didakwa Berjaya Tembak Jatuh 16 Pesawat Musuh, ‘Ghost of Kiev’ Hero Ruang Udara Ukraine?
Kisah juruterbang misteri tersebut turut dikongsikan bekas presiden Ukraine, Petro Poroshenko beberapa hari lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui perang Rusia-Ukraine sudah pun bermula sejak Khamis, 24 Februari lalu.
Baru beberapa hari berlangsung, konflik berkenaan sudah pun mengorbankan ratusan nyawa selain memaksa ratusan ribu penduduk Ukraine melarikan diri.
Namun di sebalik serangan tersebut, tular di media sosial kisah seorang juruterbang jet pejuang MiG-29 Ukraine yang mendapat julukan ‘Ghost of Kiev’ yang didakwa sudah berjaya menembak jatuh sejumlah pesawat penyerang dari Rusia.
Malah beberapa klip video memaparkan pesawat itu sedang beraksi di udara turut dikongsikan di Twitter.
The Ghost of Kyiv (Kiev) Ukraine Ace
— HopBlogger (@hopblogger) February 25, 2022
Flying a MiG-29
MiG pilots have a forty five-degree cone in front of them into which they can fire an Archer and eat you up
has downed
2 SU-35 fighters
1 SU-27
1 MiG-29
2 SU-25 planes
He is Death from above 👆
pic.twitter.com/Jl21iEwuWr
Penularan klip-klip berkenaan bagaimanapun mendapat reaksi yang berbeza di mana ada segelintir netizen yang mempersoalkan ketulenan video berkenaan dan merasakan ia hanyalah satu proganda demi menakutkan jet pejuang Rusia.
Ada klip yang ambil dari permainan video DCS
Semakan yang dilakukan Reuters Fact Check kemudiannya mendapati beberapa klip berkenaan adalah rakaman daripada permainan video, Digital Combat Simulator (DCS) yang dikeluarkan pada 2008.
Ukraine bagaimanapun mendakwa juruterbang berkenaan sememangnya wujud malah dia berjaya ‘mengawal’ ruang angkasa Ukraine dengan menembak jatuh 6 pesawat rusia pada hari pertama serangan dan 10 lagi setakat Sabtu lalu.
“Dia sudah menjadi mimpi ngeri buat pesawat penceroboh Rusia,” kata Ukraine yang dalam masa sama turut memuat naik sebuah video bercerita mengenai Ghost of Kiev.
“Orang ramai menggelarkannya Ghost of Kiev”
People call him the Ghost of Kyiv. And rightly so — this UAF ace dominates the skies over our capital and country, and has already become a nightmare for invading Russian aircrafts. pic.twitter.com/lngfaMN01I
— Ukraine / Україна (@Ukraine) February 27, 2022
Bekas Presiden Ukraine turut kongsi perkara sama
Kisah juruterbang misteri tersebut turut dikongsikan bekas presiden Ukraine, Petro Poroshenko beberapa hari lalu.
Dia yang memuat naik foto seorang juruterbang mendakwa individu berkenaan adalah Ghost of Kiev yang sedang menjadi sebutan ramai.
На фото – пілот МіГ-29. Той самий «Привид Києва».
— Петро Порошенко (@poroshenko) February 25, 2022
Він викликає жах у ворогів та гордість в українців 🇺🇦
На його рахунку 6 перемог над російськими пілотами!
З такими потужними захисниками Україна точно переможе! pic.twitter.com/GJLpcJ31Si