Aneh! Kafe Di Rusia Perkenal Hidangan Minuman Kopi Berasaskan Susu Ibu
Coffee Smile merancang untuk menjual kira-kira 1,000 produk dengan harga setiap hdangan sebanyak 650 rubel (kira-kira RM37.57) pada hujung tahun ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebuah kafe di bandar Perm, Rusia bakal memperkenalkan menu minuman baru yang berasaskan susu ibu.
Menurut Oddity Central, susu ibu itu bakal dijadikan sebagai ramuan dalam produk minuman seperti latte dan cappuccino di rangkaian kafe Coffee Smile.
Guna Susu Ibu Yang Disimpan Dalam Beg Khas Dan Disaring
Menurut pemilik kedai kopi Coffee Smile, Maxim Kobelev, susu ibu yang akan digunakan dalam menu produk minumannya akan disimpan dalam beg khas yang berkualiti tinggi.
Malah, Kobelev turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa wanita yang membekalkan susu ibu akan disaring dan dinilai kesihatan mereka bagi memastikan susu yang digunakan adalah selamat.
Pada peringkat permulaan, hanya 40 hingga 45 dos susu ibu akan dihidangkan dalam minuman di kafenya.
Kobelev juga merancang untuk menjual kira-kira 1,000 produk dengan harga jualan sebanyak 650 rubel (kira-kira RM37.57) pada hujung tahun ini.
Menerusi video yang sama, seorang wanita yang juga pendandan rambut mendakwa akan membekalkan susu ibu kepada kafe berkenaan.
“Saya menyedari mempunyai susu badan yang banyak, jadi saya mahu menjualnya dan pada masa sama memperoleh pendapatan tambahan,” katanya.
Video Undang Pelbagai Reaksi Dari Pelbagai Pihak
Video promosi yang dimuat naik oleh Coffe Smile rata-rata mengundang reaksi kurang senang warganet di Rusia.
Rata-rata menganggap ia sebagai satu benda yang menjijikkan namun ada juga yang berminat untuk mencuba menu baru kafe itu.
Malah, pihak berkuasa tempatan turut memaklumkan akan membuat penyiasatan dan melibatkan pihak suruhanjaya hak asasi manusia bagi menyiasat penggunaan susu ibu dalam minuman.
Pihak berkuasa tempatan turut menjalankan satu soal selidik sama ada individu mahu mencuba atau tidak minuman berkenaan.
Hasil soal selidik menunjukkan, 46% responden memilih untuk tidak mencuba menu tersebut manakala 23% adalah sebaliknya.
[Kemas Kini] Cofee Smile Dakwa Ia Hanya Promosi
Menerusi kenyataan terbaharu, Kobelev berkata dia sebenarnya tiada niat untuk menjadikan susu ibu sebagai salah satu ramuan dalam hidangan minuman di kafenya.
Kenyataan itu dikeluarkan syarikatnya selepas terdapat campur tangan dari pihak berkuasa.
Video yang dimuat naik itu hanya sekadar promosi bagi tujuan memasarkan bisnes kafenya. Menurut Kobelev, idea berkaitan promosi itu tercetus apabila dia melihat seorang ibu muda yang menyusukan anak di tempat kerja.
Baca Artikel Berkaitan: