fbpx
Now Reading
“Semangat Habis”- Usaha Bapa-Bapa Sanggup Pergi Kelas Penyusuan Raih Pujian [Video]

“Semangat Habis”- Usaha Bapa-Bapa Sanggup Pergi Kelas Penyusuan Raih Pujian [Video]

Malah para bapa yang menghadiri kelas penyusuan turut diajar cara memegang bayi dengan betul serta urutan yang dapat membantu memberi rangsangan kepada susu si ibu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang bakal menjadi ibu bapa pastinya sedang sibuk membuat persiapan kehadiran si comel yang dinanti-nantikan.

Malah apabila berada di semester ketiga ramai para ibu bapa mula membeli barangan yang akan digunakan si manja sebaik lahir.

Antara barangan yang dibeli adalah seperti baju, botol susu, lampin dan banyak lagi. Namun dalam kegembiraan menyambut si comel yang bakal lahir, para ibu bapa juga perlulah belajar mengenai bayi contohnya dalam bab penyusuan ibu.

Para bapa kini tidak lagi malu hadiri kelas penyusuan

Jika dahulu ramai golongan bapa menyangkakan ilmu penyusuan bayi hanya perlu diketahui oleh para ibu sahaja.

Namun sekarang tidak lagi, kerana ramai para bapa di luar sana yang mula sedar kepentingan untuk mendapatkan pengetahuan berhubung penyusuan ibu.

Perkara sama turut dikongsikan oleh seorang kaunselor laktasi, Nadmasrom yang memaklumkan di zaman kini ramai para bapa yang sudah terbuka untuk menghadiri kelas penyusuan.

Perkara ini banyak dilakukan oleh bapa pada zaman sekarang kerana mereka mula mempunyai kesedaran bahawa meskipun tidak menyusukan bayi tetapi mereka juga mempunyai peranan tersendiri dalam proses penyusuan susu ibu.

“Sekarang ni dah ramai ayah pergi kelas penyusuan. Kenapa? Sebab mereka mula sedar bahawa merekalah ‘Breastfeeding helper’ pertama untuk isteri mereka di rumah,” katanya dalam video tersebut.

Malah Nadmasrom turut menunjukkan beberapa klip video memaparkan para bapa yang telah hadir ke kelas penyusuan ibu yang dilakukan olehnya.

Turut belajar cara mengurut isteri bagi membantu proses penghasilan susu

Turut kelihatan mereka tidak hanya diajar bagaimanakah cara yang betul untuk menyusukan bayi tetapi turut diberikan maklumat cara untuk memberi rangsangan kepada susu sang ibu seperti melalui urutan dan sebagainya.

“Bila isteri tak berjaya nak menyusu, sebenarnya bukanlah sebab susu tak ada. Tapi kerana mereka tidak yakin dan tertekan selain kurang ilmu dan penat belajar sendiri.

“Isteri boleh sedih jika tidak dibantu dalam penyusuan, sebab tu ramai ayah mula sedar dan mula pergi ke kelas penyusuan. Sebab mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai ayah.”

Kata Nadmasrom lagi para bapa juga berusaha untuk menjadi penyokong kepada isteri mereka selain tidak malu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyusuan.

Ujarnya apabila berada di dalam kelas para bapa sering menjadi ‘volunteer’ dan banyak pekara dipelajari seperti cara pegang, cara menenangkan bayi dan banyak lagi selain penyusuan.

Menurut Nadmasrom adakalanya para ibu terlupa beberapa cara untuk penyusuan yang betul, maka dengan adanya para bapa yang tahu mengenai penyusuan dapat membantu isteri dalam hal tersebut.

Melihat di ruangan balas, ramai menyifatkan kelas penyusuan seperti itu adalah suatu yang menarik selain memuji usaha para bapa yang menghadiri kelas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu tersebut.

“Alhamdulillah, suami-suami mithali semuanya”

“Sejujurnya menyusu memang perlukan komitmen, mental fizikal kena kuat, tambah kita bekerja ni. Niatkan pada Allah nak susukan anak supaya sihat selalu dan dapat keredaannya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.