fbpx
Now Reading
Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan dirinya bersama suami memberikan perhatian lebih kepada anak-anak lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila berbicara tentang membesarkan si kecil, pasti ramai ibu bapa akan bersetuju ia bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika melibatkan anak ramai.

Bukan sahaja perlu menyediakan makan minum dan rumah yang selesa, malah emosi mereka juga harus dititik beratkan terutamanya jika anak masih kecil.

Pun begitu, kadangkala ibu bapa tidak sedar tentang perasaan anak-anak yang dipendam dalam hati sehinggalah mereka berani meluahkannya.


Anak Rasa Seperti Disisihkan Oleh Ibu Bapa

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@intanarsya333), apabila seorang ibu dikenali sebagai Intan Arsya berkongsi lukisan anak perempuannya, Aurora.

Selalunya, ibu bapa akan berasa gembira melihat kepandaian dan telatah si kecil dalam mengekspresikan perasaan melalui seni, namun lain pula kali ini apabila lukisan anak mengundang sebak.

Dalam lukisan dihasilkan Aurora itu, kelihatan dirinya sedang duduk berjauhan daripada ibu bapa yang duduk bersama dua orang adiknya.

Si ibu bapa yang bergembira melayan dua anak itu dilukiskan dengan bentuk hati manakala Aurora kelihatan sedih sambil duduk bersendirian.

Sumber: TikTok (@intanarsya333)

Ibu Luluh Hati Dengar Luahan Si Anak

Lukisan tersebut seolah-olah menunjukkan si anak berasa tersisih dengan layanan ibu bapa yang mungkin memberi perhatian lebih kepada dua anak lain.

Luluh hati seorang ibu bila lihat lukisan anak. Tanya Aurora kenapa lukis macam ini. Dia kata sebab ibu dan ayah tak sayang kakak (Aurora), sayang adik dan Dida (adik) sahaja.

Intan Arsya.

Luahan hati anak sulung itu membuatkan Intan berasa hiba sekaligus mengalirkan air mata dengan jawapan yang tidak diduga. Intan dalam masa sama berkata dia berasa gagal sebagai seorang penjaga walaupun sudah beri yang terbaik buat anak-anak.

@intanarsya333

Maafkan mommy, kakak….. mommy sayang kakak sangat2 tau… tak pernah ada pilih kasih.. 😢💔

♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting


Netizen Kongsi Perkara Perlu Dilalui Oleh Anak Sulung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memahami luahan hati anak sulung tersebut selain berkongsi pengalaman sama.

“Kadang anak sulung yang kena terima semua benda sebelum dia dewasa. Ibu bapa lupa yang dia pun budak-budak lagi, belum masa untuk dia matang,” kata seorang wanita.

Selain itu ada juga individu yang berkata, dia berasa sedih melihat ibu bapa yang terlalu lebihkan adik-beradik lain.

“Sebagai anak sulung, sampai sekarang aku masih rasa ibu bapa lebihkan adik walaupun cakap mereka berlaku adil,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga netizen yang memberi peringatan kepada para ibu bapa di luar sana untuk sentiasa berlaku adil sesama anak.

“Jangan terlalu bebankan anak sulung untuk jaga adik. Jangan marah anak sulung depan adik-adik. Anak gaduh selidik dahulu siapa yang salah jangan terus denda si kakak,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@intanarsya333)

Cara Ibu Bapa Berlaku Adil Sesama Anak

Buat ibu bapa yang sedang berdepan dengan masalah ini, usah risau terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Kadangkala, mungkin anda tidak sedar bahawa setiap kelakuan dilakukan memberi impak kepada perasaan si kecil.

Di sini kami kongsikan beberapa petua untuk ibu bapa berlaku adil kepada anak-anak. Antaranya:

Sumber gambar: Pexels
  • Jangan membandingkan kebolehan anak sebagai contoh dari aspek pendidikan.
  • Elak mengarahkan anak sulung mengalah kepada adik.
  • Jangan memihak kepada mana-mana anak dalam sesuatu situasi.
  • Memberikan kasih sayang tidak putus kepada setiap anak.
  • Sentiasa menghargai kelakuan baik si anak.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penting Jaga Emosi Anak” – Sikap Ibu Bapa Tak Marah Si Kecil Ketika Tumpahkan Air Dipuji Netizen

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.