fbpx
Now Reading
Betul Ke Minum Susu Boleh Rosakkan Gigi Budak?

Betul Ke Minum Susu Boleh Rosakkan Gigi Budak?

Ramai sebelum ini berpandangan bahawa susu formula dengan kandungan tinggi gula boleh menyebabkan karies gigi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menurut National Health Services (NHS) UK, kebanyakan bayi mula tumbuh gigi sekitar berusia enam bulan.

Walaupun hanya satu gigi yang tumbuh, ibu bapa perlu membersihkan gigi berkenaan untuk mengelakkannya daripada rosak.

Terdahulu, tular satu video di media sosial seorang kanak-kanak terpaksa dibuang 20 batang giginya yang telah menjadi rosak berpunca daripada penggunaan botol dan susu formula yang tinggi gula.

Baca Artikel Berkaitan:“Maafkan Mummy”- Ibu Sedih, Dakwa 20 Batang Gigi Anak Terpaksa Dicabut Kerana Botol & Susu Formula [Video]

Sehubungan dengan itu, orang ramai berkata walaupun mereka memberikan anak-anak susu formula, namun masalah gigi tersebut tidak terjadi kepada mereka.

Mereka berkata masalah gigi sedemikian bukan semata-mata disebabkan oleh susu formula, tetapi kerana tidak membersihkan gigi kanak-kanak.

Gula Boleh Sebabkan Karies Awal Kanak-Kanak

Gigi kanak-kanak rosak dikenali sebagai kereputan gigi, karies atau kaviti. Menurut Healthline, ia biasanya terjadi pada gigi acip atau ‘incisor’. Keadaan ini disebabkan oleh terlalu banyak gula pada permukaan gigi, termasuk gula yang didapati daripada susu.

Bakteria di dalam mulut akan memakan gula ini dan menghasilkan bahan kumuhan asid yang kemudiannya menyerang gigi dan enamel, menyebabkan karies.

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada tahun 2023, banyak susu formula kanak-kanak yang dikaji mengandungi gula melebihi standard yang disyorkan. Oleh itu tidak hairanlah susu formula dikaitkan dengan kerosakan gigi pada anak-anak.

Sumber gambar: Unsplash

Susu Ibu Turut Mengandungi Gula

Manusia mendapatkan tenaga daripada karbohidrat dalam bentuk glukosa. Namun bagi bayi yang masih belum mempunyai sista gastrousus (gastrointestinal tract) yang matang, mereka akan mendapatkan tenaga daripada gula ringkas laktosa.

Berdasarkan kepada National Institutes of Health (NIH), susu badan mengandungi sekitar 87%-88% air dan 124 gram per liter komponen pepejal termasuk 7% karbohidrat, 1% protein dan 3.8% lemak. Laktosa membentuk sebahagian besar karbohidrat dan merupakan nutrien yang paling banyak di dalam susu badan.

Gula bukan sahaja penting bagi pertumbuhan fizikal bayi. Penyelidik dari Yale School of Medicine telah menemui satu molekul gula kecil digelar sebagai myo-inositol yang menggalakkan perkembangan otak bayi.

Selain daripada gula yang dihasilkan secara semula jadi oleh ibu, satu kajian oleh University of Southern California mendapati bahawa pengambilan fruktosa oleh ibu akan mempengaruhi jumlah gula di dalam susu badan.

Beberapa kajian lain mendapati bahawa fruktosa, termasuk yang terdapat di dalam susu badan, memudaratkan tempoh pertumbuhan kritikal dan perkembangan kanak-kanak.

Sumber gambar: Pexels

Ramai Keliru, Susu Ibu Juga Boleh Rosakkan Gigi

Walaupun gigi kanak-kanak rosak sering dikaitkan dengan pengambilan minuman manis, termasuk susu formula, namun sebenarnya susu badan juga boleh menyebabkan karies.

Kajian mendapati penyusuan susu botol dan susu ibu secara berterusan pada waktu malam dapat dikaitkan dengan peningkatan risiko karies awal kanak-kanak. Perkara ini tidak bebas daripada pengambilan gula.

Praktikkan Cuci Gigi Anak Lepas Menyusu

Perkara ini juga ditemukan dalam satu kajian lain, yang mana kanak-kanak berusia lebih 18 bulan berisiko menghadapi karies gigi jika menyusu badan pada waktu malam. Hal ini adalah kerana ibu mungkin tidak akan terjaga untuk membersihkan mulut bayi setelah penyusuan.

Walau bagaimanapun, penyusuan badan tidak seharusnya dihentikan kerana ia mempunyai banyak kebaikan bagi kesihatan kanak-kanak. Dalam masa yang sama, ibu bapa harus mempraktikkan kebersihan mulut yang betul pada kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, penyusuan badan sewaktu bayi dipercayai dapat melindungi daripada karies gigi. Akan tetapi, kajian lanjut perlu dijalankan bagi memahami peningkatan risiko karies dalam kanak-kanak lebih setahun yang menyusu badan.

Sumber gambar: Pexels

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.