fbpx
Now Reading
Orang Rusia Cuba Makanan Pasar Malam, Puji Kesedapan Apam Balik [Video]

Orang Rusia Cuba Makanan Pasar Malam, Puji Kesedapan Apam Balik [Video]

Selain roti John, bapa Anna turut mencuba makanan lain seperti nasi ayam dan juga apam balik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi rutin apabila melancong ke luar negara, kita pasti akan mencuba makanan yang berasal dari sana. Ini kerana makanan juga antara budaya mereka yang boleh dipelajari.

Jika di Malaysia terdapat pelbagai makanan tradisi yang menjadi kegemaran ramai rakyat di sini sebagai contoh Nasi Lemak, kuih-muih serta banyak lagi.

Wanita beri bapa warga Rusia cuba makanan yang dibeli di pasar malam

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang model dari Rusia yang meminta bapanya untuk mencuba makanan kegemaran rakyat Malaysia yang dibeli dari pasar malam.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan model yang dikenali sebagai Anna Malia meminta bapanya mencuba Roti John.

Kelihatan keliru selepas mengetahui nama Roti John

Bapa Anna kemudian bertanya apakah nama kepada roti yang dimakannya itu, sebaik diberitahu nama roti tersebut kelihatan dia sedikit keliru.

Anna kemudian memberi penjelasan nama roti berkenaan dan kelihatan dia menyukainya serta enjoy semasa memakannya.

“Roti adalah roti, John adalah John (iaitu nama seseorang),” kata Anna dalam bahasa Rusia.

Turut cuba makanan lain seperti nasi ayam dan apam balik

Selain roti berkenaan, bapa Anna turut mencuba makanan lain seperti nasi ayam dan juga apam balik.

Malah dia juga turut menyatakan apam balik yang dinikmatinya itu sedap.

Walau bagaimanapun, ketika Anna memintanya untuk mencuba Durian Crepe dia menolak kerana tidak menyukai buah unik tersebut.

Selain itu, Anna turut bertanya jika bapanya ingin mencuba minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu Milo.

Perkongsian video bapa cuba makanan di pasar malam raih perhatian ramai

Perkongsian Anna mengenai percubaan bapanya mencuba makanan Malaysia itu telah menarik perhatian ramai.

Malah ada yang bertanya adakah bapanya itu telah mencuba Nasi Lemak dan Anna menjawab sudah tetapi sambal terlalu pedas buatnya.

Bukan hanya itu, ada juga yang meluahkan mereka juga tertanya-tanya dari mana ia mendapat nama Roti John.

“Burger Ramly dah cuba?”

“Minum Milo kotak! Sangat comel”

“Dia tak suka durian”

“Ayah suka makan apam balik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.