fbpx
Now Reading
Tular Kerusi Roda Di Hospital Kelihatan Uzur, KKM Akan Ambil Tindakan

Tular Kerusi Roda Di Hospital Kelihatan Uzur, KKM Akan Ambil Tindakan

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, kelihatan tempat letak kaki kerusi roda berkenaan telah tercabut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Fasiliti di hospital merupakan sesuatu kemudahan yang disediakan untuk kegunaan orang awam.

Oleh itu, kemudahan yang disediakan perlulah sentiasa diperiksa agar ia selamat untuk digunakan oleh pesakit yang datang ke pusat kesihatan tersebut.

Kerusi roda di hospital kelihatan uzur

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial memaparkan keadaan kerusi roda yang uzur sehingga membuatkan pesakit takut untuk menggunakannya.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan oleh My News Hub di laman X, kelihatan pesakit awalnya bertanya bagaimanakah dia ingin menggunakan kerusi tersebut kerana tempat letak kakinya sudah tiada.

“Macam ni saya nak duduk macam mana? Nak letak kaki macam mana?” soal pesakit tersebut.

Kelihatan tempat letak kaki telah tercabut

Dalam gambar tersebut kelihatan kerusi roda berkenaan tidak mempunyai tempat meletakkan kaki dan ia hanya digantikan dengan beberapa utas tali.

“Awak ada bawa sendiri punya ke? Tak ada.. jadi macam ni lah kerajaan punya.. percuma,” kata seorang jururawat lelaki.

Hantaran itu walau bagaimanapun telah menjadi sohor di media sosial sehingga ia mendapat perhatian ramai termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi respon kepada luahan tersebut.

KKM akan ambil tindakan

Menurut KKM pihaknya akan melakukan tindakan sewajarnya dalam perkara tersebut.

“Terima kasih atas makluman ini kepada kami. Kami akan susuli dengan tindakan,” katanya.

Melihat di ruangan balas, terdapat juga pengguna mengecam tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab semasa menggunakan fasiliti disediakan oleh hospital.

Katanya terdapat individu yang tidak meletakkan kerusi roda di tempat asal sebaliknya hanya membiarkan ia di kawasan parkir.

Malah dakwanya ada juga yang membawa kerusi tersebut ke dalam kereta seperti harta sendiri.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi mereka juga mempunyai pegalaman sama apabila terpaksa menaiki kerusi roda seperti itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.