Blogger Sepanyol Dirogol 7 Lelaki Semasa Jelajah Motosikal Di India [Video]
Semasa kejadian, wanita bersama pasangannya itu menghentikan jelajah motosikal mereka di Dumka untuk bermalam dengan memasang khemah sebelum diserang individu-individu berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak hujung minggu lalu, dunia digemparkan dengan berita sepasang pelancong warganegara Sepanyol yang telah menjadi mangsa samun dan rogol oleh sekumpulan lelaki di India.
Kejadian berlaku semasa pasangan terbabit yang juga ‘traveller blogger’ sedang melakukan jelajah motosikal di negara terbabit.
7 lelaki rogol pelancong Sepanyol, 4 individu telah ditahan polis
Memetik laporan Al Jazeera, susulan kejadian itu, pihak berkuasa India telah berjaya menahan empat individu yang disyaki terlibat dalam kes rogol dan samun terbabit.
Difahamkan. pasangan terbabit diserang pada Jumaat lalu (1 Mac) oleh tujuh lelaki ketika mereka sedang berada di timur India, Jharkhand.
Kejadian berlaku semasa mereka ingin bermalam di Dumka
Semasa kejadian, pasangan terbabit menghentikan jelajah motosikal mereka di Dumka untuk berehat dan bermalam dengan memasang khemah sebelum diserang individu-individu berkenaan.
Menurut The Indian Express, Ketua Polis Jharkand Ajar Kumar Singh berkata, semua baki individu telah dikenal pasti dan mereka akan diberkas dengan segera.
Motif serangan kerana ingin merogol
Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram Story, wanita yang dikenali sebagai Fernanda berkata, motif serangan terhadap mereka adalah kerana ingin merogolnya.
“Mereka telah menyerang dan merompak kami, walaupun tidak banyak barang yang diambil kerana apa yang mereka mahukan adalah merogol saya,” katanya
Dalam satu hantaran video lain, suaminya, Vicente pula berkata dia telah dipukul beberapa kali di kepala dengan topi keledar sehingga mulutnya luka.
a travelvlog couple trying to visit every country in the world decided to go to India as their latest destination.
— pagliacci the hated 🌝 (@Slatzism) March 2, 2024
11 hours ago they announced they were at the hospital because he had been beaten up and she had been gang raped by 7 men. pic.twitter.com/WNSd21TUi5
Selepas kejadian, sebuah kereta peronda polis telah menyelamatkan pasangan terbabit dengan membawa mereka ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, pasangan tersebut sedang mengembara di Asia Selatan dengan menaiki motosikal sebelum kejadian yang menjadi detik hitam dalam hidup mereka itu berlaku di India.
Lebih menghampakan, ianya berlaku di saat mereka sedang dalam perjalanan keluar dari India menuju ke Nepal.
Sebelum ini mereka sudahpun menjelajah ke Sri Lanka dan Pakistan.