fbpx
Now Reading
Niat Nak Beli Kasut Nike Air Jordan RM135, Sekali Ditipu RM5,000

Niat Nak Beli Kasut Nike Air Jordan RM135, Sekali Ditipu RM5,000

Mangsa pada awalnya melihat iklan menjual kasut Nike Air Jordan di Instagram pada 29 Disember yang lalu dan mahu membelinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama-jenama terkenal seperti Adidas dan Nike mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Walaupun ada harga barangan yang dijual tidak mampu dimiliki oleh segelintir individu, namun ia sedikit pun tidak menghalang seseorang itu daripada memilikinya.

Ini kerana kadang-kala ada pihak yang menjual barangan dari jenama tersebut pada harga yang berpatutan dan mampu milik antaranya melalui pembelian barang terus dari luar negara.

Walau bagaimanapun sebagai pengguna, harus dipastikan keaslian barang yang mahu dibeli serta tidak tertipu dengan peniaga yang menjual barang berkenaan.

Lelaki Ditipu Gara-Gara Beli Kasut Nike Air Jordan RM135 Melalui Instagram

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 30 tahun apabila dirinya ditipu RM5,000 selepas membeli kasut Nike Air Jordan berharga RM135 di Instagram.

Mangsa dikatakan hanya menyedari ditipu selepas penjual terbabit meminta cas tambahan dan mendakwa barang tersebut dirampas oleh polis dan imigresen.

Menurut Harian Metro yang memetik sumber, mangsa pada awalnya melihat iklan menjual kasut terbabit di laman sosial tersebut pada 29 Disember yang lalu dan mahu membelinya.

“Selepas menghubungi penjual terbabit melalui aplikasi WhatsApp, mangsa kemudian diminta membuat bayaran harga kasut terbabit.

“Bagaimanapun selepas itu, mangsa dihubungi sekali lagi dan diminta membuat bayaran beberapa kali kononnya untuk cas penghantaran, barangan dirampas polis dan imigresen di mana perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kembali kasut itu,” kata sumber.

Mangsa Tidak Mengesyaki Apa-Apa, Kes Diserahkan Kepada KPDN

Ketika diminta membayar cas tambahan itu, mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan hanya mengikut arahan suspek. Dia turut membuat pemindahan wang beberapa kali ke akaun yang diberi.

“Bagaimanapun selepas lebih RM5,000 bayaran dibuat namun kasut berjenama itu masih gagal diperolehi menyebabkan dia tampil membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee pada Jumaat (5 Januari) yang lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, kes kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan selanjutnya.

Baca Artikel Berkaitan: Jual Kasut Adidas & Nike Tiruan, Tiga Individu & Syarikat Didenda RM607,880

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Nike Sebelum Jadi Jenama Meletop Dan Dikenali Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.