fbpx

2 Individu Cedera Jatuh ‘Ride Sotong’ Di Fun Fair Kota Kinabalu

Dalam insiden yang berlaku di Fun Fair Likas itu, mangsa dilaporkan alami kecederaan di bahagian kepala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Fun Fair merupakan pesta ria yang sering diadakan kawasan tertentu dan ia kebiasaannya ada di setiap negeri.

Malah ia juga sering mendapat sambutan orang ramai kerana menyediakan pelbagai permainan yang menyeronokkan untuk setiap peringkat umur.

Meskipun mendapat sambutan, namun baru-baru ini kecoh apabila terdapat satu insiden kemalangan kecil membabitkan pengunjung yang sedang bermain permainan di pesta ria sehingga ada yang mempersoalkan tahap keselamatan setiap tarikan yang disediakan.

Baca artikel berkaitan: Kes Pengunjung Tercampak Dari Sotong Ride, Rupanya Pengusaha Fun Fair Degil & Operasi Secara Haram

Baca artikel berkaitan: Patah Tulang Rusuk & Bengkak Lutut, Penumpang Dipercayai Terjatuh Dari Roller Coaster Fun Fair Di Pahang [Video]

2 individu cedera jatuh dari permainan ‘sotong’

Terbaharu, dua individu cedera dipercayai kerana terjatuh daripada permainan yang disediakan di sebuah fun fair, Likas, Kota Kinabalu pada malam semalam (6 Mac).

Video memaparkan insiden tersebut turut tular di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan keadaan ketika individu tersebut terjatuh dari permainan ‘sotong’.

Difahamkan sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu telah dihantar ke lokasi kejadian, lapor Sinar Harian.

Kejadian yang berlaku di Fun Fair Likas itu turut disahkan oleh polis Kota Kinabalu.

Mangsa alami kecederaan di bahagian kepada

Jelas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mod Zaidi Abdullah dua individu itu hanya mengalami kecederaan dan tiada nyawa yang terkorban.

“Ya, seorang lelaki dan wanita cedera namun tiada yang meninggal dunia,” ujarnya menerusia WhatsApp.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata bomba menerima makluman mengenai kejadian tersebut pada 8.58 malam tadi.

“Menurut laporan, kejadian melibatkan mangsa terjatuh dari permainan di fun fair.

“Mangsa Junaidah Tarasan, 29, mengalami kecederaan di bahagian kepala telah diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menggunakan jentera EMRS bomba,” ujarnya.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 9.40 malam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.