“Ini Baru Betul” – Pihak Masjid Di Indonesia Bagi Bantal Kepada Jemaah Yang Baring Raih Pujian [Video]
Bantal tersebut diberikan kepada jemaah-jemaah yang sedang baring sebagai alas di kepala agar mereka lebih selesa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masjid atau surau merupakan tempat bagi umat Islam untuk beribadah seperti solat, mengaji, iktikaf dan banyak lagi.
Bagaimanapun, ada juga individu yang menjadikan masjid atau surau sebagai tempat berehat buat sementara waktu sebelum meneruskan perjalanan selain menunggu masuknya waktu solat fardu.
Tular masjid di Indonesia bagi layanan baik kepada jemaah yang berehat
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video pihak Masjid Sejuta Pemuda di Jawa Barat, Indonesia memberikan layanan yang terbaik kepada jemaah-jemaahnya yang sedang berehat.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @masjidsejutapemuda, kelihatan seorang lelaki dipercayai pihak masjid berkenaan mengeluarkan beberapa bantal.
Bagi bantal kepada jemaah sedang baring sebagai alas kepala
Bantal tersebut kemudiannya diberikan kepada jemaah-jemaah yang sedang baring sebagai alas di kepala agar mereka lebih selesa.
Menurut Masjid Sejuta Pemuda, pihaknya akan menyediakan kemudahan buat para tetamu Allah SWT itu dengan sebaik mungkin.
“Banyak hadis dan sirah perihal membolehkan tidur di dalam masjid, bahkan Nabi Muhammad SAW menjadikan masjid sebagai rumah ke-2 dan membolehkan para sahabat tidur di masjid.
“Dan pastinya jika tidur di dalam masjid harus menitikberatkan beberapa perkara terutamanya tentang kebersihan, tidak menganggu saf dan kekhusyukan yang solat, menutup aurat dan banyak lagi,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tular di X, netizen pakat puji tindakan baik pihak masjid layan jemaah
Video tersebut kemudiannya tular di laman X selepas ia dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial akaun (@ricxxxxkiddo).
“Ingatkan orang masjid kejut sebab tak boleh tidur dalam masjid. Sekali, siap kasi bantal buat alas kepala lagi. Baik betul layanan dia,” ciapnya.
Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pihak masjid terbabit yang melayani para jemaah dengan begitu baik.
Malah, kebanyakan netizen juga berpendapat perkara sebegini seharusnya dijadikan contoh buat masjid-masjid yang lain.
Mereka tengah buat ibadah .. kenapa perlu larang. Pandai ajk masjid ambil peluang dapat saham akhirat
— AliffShanusi 🆇 (@aliffshanusi) April 23, 2024
Masjid juga tempat istirehat. Kita beribadah dan kalau letih kita rehat. Rehat juga jadi ibadah kalau niat rehat kita menjaga kesihatan dan menyambung ibadah selepasnya.
— whysukuraida (@alimzazaz) April 23, 2024
Ini yg sepatutnya. Ini tidak, lg dihalau.
— Ilman (@Cranio_Espada) April 23, 2024
bagusnya. tak faham ajk masjid yg marah bila nampak orang berbaring kat masjid.kadang2 bukan nak tido sangat pon. saje je nak lepaskan penat sambil tunggu next waktu solat.
— 🐝 (@halfofelle) April 24, 2024
Ni baru betul bukannya takleh tido dlm masjid langsung🥲
— aalliyaa (@AliaIwa31) April 24, 2024