fbpx
Now Reading
Ramai Kecam Tindakan Sekolah Buat Solidariti Terhadap Palestin Sambil Guna Senjata Mainan

Ramai Kecam Tindakan Sekolah Buat Solidariti Terhadap Palestin Sambil Guna Senjata Mainan

NGO Global Human Rights Federation (GHRF) turut mengecam tindakan itu yang didakwa mempunyai kaitan dengan Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika ini, konflik di antara Palestin dan Israel masih lagi berterusan di mana rejim Zionis tanpa henti terus menyerang penduduk awam di Gaza dengan bom dan sebagainya.

Perkara itu menyebabkan kebanyakan pihak di seluruh dunia sudah mula bersuara selain Malaysia pula dilihat antara negara yang paling lantang mengecam tindakan Israel dengan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Tular sekolah buat solidariti terhadap Palestin sambil guna senjata mainan

Pun begitu, hari ini tular pula di media sosial beberapa gambar dan video yang menunjukkan sebuah sekolah telah melakukan solidariti terhadap Palestin dengan menggunakan senjata mainan.

Menerusi hantaran gambar-gambar serta video yang dimuat naik peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Kasim, kelihatan beberapa orang guru serta murid sedang berpakaian bertemakan Palestin sambil memegang senjata mainan.

Demonstrasi bersama senjata mainan libatkan kanak-kanak kecil

Lebih membimbangkan, demonstrasi bersama senjata mainan itu dilakukan di sekolah rendah melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kebanyakan pengguna media sosial memberi kecaman kerana senjata mainan tidak sepatutnya didedahkan kepada kanak-kanak.

NGO turut memberi kecaman terhadap isu terbabit

Tidak hanya itu, menurut MalaysiaKini, NGO Global Human Rights Federation (GHRF) turut mengecam tindakan itu yang didakwa mempunyai kaitan dengan Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Presiden GHRF, S Shashi Kumar menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang mengejutkan dan menakutkan selain menggesa kerajaan agar segera menghentikan program tersebut.

“Inilah yang kami (NGO) bimbangkan. Ini salah, dan kami bantah keras. Guru tidak dilatih (untuk mengendalikan program seumpama itu).

“Program sepatutnya berkenaan solidariti berdasarkan kemanusiaan kerana perang berlaku di mana-mana, dan bukan begitu berpusat kepada Palestin,” katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Beberapa NGO sebelum ini bantah Minggu Solidariti Palestin

Sebelum ini, beberapa pihak NGO telah membantah arahan agar sekolah mengadakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November.

Tidak hanya itu, mereka turut menggesa agar kerajaan tidak melibatkan institusi pendidikan dengan isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.

Selain itu, beberapa wakil rakyat turut melakukan bantahan sama dengan mengatakan sekolah sepatutnya kekal menjadi ruang neutral untuk pembelajaran.

Pun begitu, semalam (26 Oktober), Kementerian Pendidikan kekal mempertahankan pelaksanaan program terbabit dengan berkata ia untuk menyemai nilai-nilai kemanusiaan dan sifat empati tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

Berikut merupakan komen yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.