fbpx
Now Reading
Lelaki Keracunan Makanan, Dakwa Jumpa Bendasing Disyaki Lalat Dalam Air Tin

Lelaki Keracunan Makanan, Dakwa Jumpa Bendasing Disyaki Lalat Dalam Air Tin

Menurut individu, dia menjumpai ketulan yang disyaki lalat selepas meminum air tin yang baru dibeli dari mesin vending.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap peniaga yang terbabit dalam perniagaan makanan perlu menitik beratkan kebersihan.

Malah di negara ini, peniaga dan pekerja yang terbabit dalam pengurusan makanan disarankan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan agar dapat menjaga kualiti seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun meskipun peniaga makanan sering kali diingatkan untuk menjaga kebersihan masih ada lagi yang mengambil enteng mengenai perkara itu sehingga ia memberi kesan kepada pembeli.

Sebagai contoh ada yang terjumpa bendasing seperti serangga, atau alat tidak sepatutnya di dalam makanan dan kemudian mengalami sakit perut atau keracunan makanan.

Individu jumpa bendasing dipercayai lalat dalam minuman

Namun situasi berbeza berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia mendakwa telah mengalami keracunan makanan selepas menjumpai bendasing dipercayai lalat dalam air tin yang diminumnya.

Dakwa individu berkenaan dia telah menjumpai sekitar enam ke tujuh ekor lalat dalam tin minuman yang dibeli pada 29 November sekitar jam 1.30 tengah hari.

“Saya membeli satu tin air di mesin vending (maklumat mesin dicatat). Selepas minum suku 1/4 daripada air, saya sedar macam ada ketulan-ketulan dalam air.

“Beranggapan ini perkara normal kerana air yang tidak digoncang, saya terus minum. Namun rasanya makin tidak menyenangkan,” jelas individu berkenaan dalam laman grup Tanya Peguam di Facebook.

Simpan saki baki air untuk tindakan lanjut

Jelas individu itu dia kemudian cuba untuk mencungkil ketulan tersebut dan terjumpa bendasing yang disyaki lalat.

Perkara itu kemudian membuatkan dia muntah sebelum mendapati masih ada banyak lagi bendasing.

“Saki baki air dan bendasing (lalat) masih ada di dalam tin, saya simpan untuk tindakan selanjutnya.

“Lokasi saya minum mempunyai rakaman litar tertutup (sekiranya dipertikaikan).”

Doktor sahkan alami keracunan makanan

Dia lalu bergegas ke klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan dan doktor tersebut merujuknya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lengkap.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan keracunan makanan, cirit-birit, dan perlu diperhatikan. Doktor juga telah utarakan isu ini ke pihak KKM,” ujarnya.

Melihat pada gambar yang turut dikongsikan kelihatan bendasing berada pada piring kecil dan dia turut menunjukkan minuman itu belum tamat tempoh.

Cari makmal dan peguam untuk tindakan lanjut

Walau bagaimanapun, individu itu menyatakan dia masih mencari food test lab di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai air tersebut.

Selain itu dia juga bercadang untuk nembawa kes berkenaan ke mahkamah justeru sedang mencari peguam yang sudi untuk bersamanya dalam kes tersebut.

Di ruangan komen individu itu turut memaklumkan terdapat bendasing yang telah ditelannya dan perkara itu menyebabkan dia mengalami cirit-birit.

Perkongsian itu kemudian menjadi perhatian ramai apabila mereka turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menjumpai bendasing di dalam makanan.

“Kilang patut dipersalahkan.. pernah dua kali beli sirap kordial. Dua-dua terasa lipas, lepas tu boikot malas nak beli kordial jenama tu”

“Mesin vending yang guna cawan tu pun kena hati-hati sebab kadang-kadang serangga suka dekat dispenser minuman tu.. dah kena dulu. Nasib baik la dalam cawan boleh nampak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.