fbpx
Now Reading
Kontrak Kaka Azraff Sah Ditamatkan Warner Music

Kontrak Kaka Azraff Sah Ditamatkan Warner Music

Warner Music bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci bilakah tarikh kontrak Kaka Azraff ditamatkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Teka-teki mengenai status Kaka Azraff bersama syarikat rakamannya terjawab apabila Warner Music mengesahkan kontrak penyanyi tersebut telah ditamatkan.

Menurut Harian Metro, Warner Music berkata, pihaknya sentiasa menyokong hak kebebasan bersuara dalam kalangan artis naungannya, namun ‘keputusan harus dilakukan berhubung tindakan Kaka’.

“Kaka adalah seorang artis yang sangat berbakat, tetapi malangnya kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung (DM) yang dipaparkan dalam talian.

“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama,” kata Warner dalam satu kenyataan.

Syarikat rakaman berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci bilakah tarikh kontrak itu ditamatkan.

Isu mula timbul selepas tular tangkap layar perbualan DM

Terdahulu tular dakwaan yang mengatakan kontrak penyanyi itu ditamatkan Warner Music ekoran kelantangannya bersuara mengenai isu konflik Palestin-Israel.

Namun Kaka yang dihubungi media memohon agar diberikan sedikit masa sebelum dapat mengeluarkan sebarang kenyataan.

Isu tersebut mula berbangkit selepas tular satu tangkap layar mesej langsung (DM) memperlihatkan penyanyi itu mengecam influencer dan pelakon Australia, Nathaniel Buzolic yang dikenali sebagai pro-Israel.

Ini menyebabkan Kaka teruk diserang netizen pro-Israel selain ada yang menggesa Warner Music menamatkan kontraknya.

Namun netizen Malaysia tidak berdiam diri apabila mula menyerang akaun Instagram Warner Music Malaysia selepas timbul ura-ura yang mengatakan kontrak Kaka sudah ditamatkan.

Baca artikel berkaitan: “Justice For Kaka”- Netizen Bela Kaka Azraff Mula Serang Akaun Warner Music Di Instagram

Baca artikel berkaitan: Kontrak Kaka Azraff Bersama Warner Music Ditamatkan Gara-gara Lantang Sokong Palestin, Kritik Israel?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.