fbpx
Now Reading
KPN Sahkah ‘Mr H’ Sudah Beri Keterangan, Tapi Wahab Masih Belum Buat Laporan

KPN Sahkah ‘Mr H’ Sudah Beri Keterangan, Tapi Wahab Masih Belum Buat Laporan

Sebelum ini, Agus telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk memberi keterangan berhubung kes video perbualan lucah mirip dirinya dengan Wahab, seorang kakitangan J-KOM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan satu penularan video perbualan lucah yang didakwa melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi dan Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dengan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Pun begitu, Agus menerusi satu sidang media pada 17 November lalu telah menafikan tentang perkara itu dengan mendakwa video perbualan tersebut adalah palsu dan merupakan satu komplot yang dilakukan oleh ‘Mr H’, seorang yang berjawatan tinggi dalam J-KOM untuk menjatuhkan reputasinya.

Baca Artikel Berkaitan: Agus & Wahab Nafi Sembang Lucah, Dakwa Ada Komplot Dirancang ‘Mr H’ Untuk Jatuhkannya [Video]

Ketua Polis Negara sahkan Mr H sudah tampil beri keterangan

Terbaharu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Mr H sudah tampil memberi keterangan berhubung kes terbabit.

Razarudin tanpa mendedahkan lokasi rakaman percakapan berkata, tindakan tersebut sudah selesai pada pagi semalam (23 November).

“Mr. H telah dirakam percakapannya pagi tadi. Selain itu, Mohammad Agus dan dua lagi individu turut dirakam percakapan mereka,” katanya dipetik Kosmo.

Wahab masih belum tampil buat sebarang laporan polis berkaitan kes terbabit

Pun begitu, beliau berkata Wahab masih belum tampil membuat sebarang laporan polis berkaitan kes video berkenaan.

Susulan itu, Razarudin menggesa Wahab yang turut berada dalam video perbualan lucah berkenaan agar tampil untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, Agus telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk memberi keterangan berhubung kes video perbualan lucah mirip dirinya dengan seorang kakitangan J-KOM.

Terdahulu, Agus juga menerusi sidang media berkenaan memaklumkan bahawa panggilan video yang dilakukan bersama Wahab hanyalah perbualan biasa di antara mereka seperti seorang bapa dan anak.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Mirip Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Berbual Lucah Sesama Jantina

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.