fbpx
Now Reading
Pamer Aksi Biadap Di GVF2023, The 1975 Kena ‘Banned’ Dari Buat Persembahan Di Malaysia

Pamer Aksi Biadap Di GVF2023, The 1975 Kena ‘Banned’ Dari Buat Persembahan Di Malaysia

KKD menerusi JK-PUSPAL turut membuat satu laporan polis terhadap kumpulan The 1975 dan penganjur GVF2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui kontoversi membabitkan kumpulan Pop Rock dari UK, The 1975 sewaktu membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) yang berlangsung di Sepang malam tadi, 22 Julai 2023.

Kenyataan dan tindakan biadap vokalis mereka, Matty Healy yang memperlekehkan undang-udang LGBT di Malaysia selain bertindak mencium pemain bass ketika sedang melakukan persembahan menyebabkan acara itu dihentikan oleh penganjur.

Memandang serius isu tersebut, Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil sebentar tadi mengarahkan penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang masih berbaki dua hari dibatalkan secara serta merta.

Beliau dalam masa sama turut menggesa penganjur iaitu Future Sound Asia untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.

Baca artikel berkaitan: Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

Baca artikel berkaitan: Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

JK-PUSPAL buat laporan polis, arah kumpulan itu disenarai hitam dari buat persembahan di Malaysia

Terbaharu, Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL), badan di bawah Kementerian Komunikasi & Digital (KKD) mengumumkan kumpulan berkenaan kini disenarai hitam (banned) dari membuat sebarang persembahan di Malaysia.

JK- PUSPAL dalam satu kenyataan berkata, perbuatan yang dipamerkan oleh artis tersebut merupakan satu penghinaan, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia.

Sehubungan itu pihaknya yang mewakili KKD telah membuat laporan polis terhadap kumpulan berkenaan dan penganjur.

“KKD amat kesal dengan perlakuan sangat biadab The 1975 semasa mengadakan persembahan sempena Good Vibes Festival di Sepang pada 21 Julai 2023.

“KKD melalui JK-PUSPAL telah membuat laporan polis terhadap artis tersebut dan pihak penganjur atas kecuaian serta kegagalan mereka mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PUSPAL.

“Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut,” kata jawatankuasa tersebut.

Kenyataan sama turut dikongsikan Fahmi Fadzil menerusi satu muat naik di Instagram.

Netizen lepas geram di IG The 1975

Semakan kami di akaun Instagam The 1975 turut mendapati ramai netizen mula melampiaskan rasa marah terhadap kumpulan itu kerana menjadi punca pembatalan GVF2023.

Ia boleh dilihat menerusi posting terbaharu yang dimuat naik kumpulan berkenaan sewaktu mengadakan persembahan di Singapura pada 18 Julai lalu.

“Festival (GVF2023) dibatalkan terima kasih kepada anda (The 1975). Saya dengan ini bukan lagi peminat anda,” tulis seorang peminat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.