fbpx
Now Reading
KKD Arah Penganjur Sedia ‘Kill Switch’, Putuskan Elektrik Semasa Konsert Kalau Ada Kejadian Tidak Senonoh

KKD Arah Penganjur Sedia ‘Kill Switch’, Putuskan Elektrik Semasa Konsert Kalau Ada Kejadian Tidak Senonoh

Menurut Timbalan Menteri KKD, langkah itu bagi memastikan insiden yang sama tidak akan berulang lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa bulan lalu, negara dikejutkan dengan tindakan biadap serta tidak senonoh sebuah kumpulan pop rock Britain, The 1975 semasa sedang melakukan persembahan di atas pentas.

Perkara tersebut yang tular di media sosial sekaligus telah membangkitkan kemarahan ramai kerana kumpulan terbabit dilihat tidak menghormati undang-undang di Malaysia.

KKD minta penganjur sediakan ‘kill switch’ semasa mengadakan konsert

Susulan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta penganjur konsert, terutamanya melibatkan artis luar negara untuk menyediakan ‘kill switch’ dalam konsert anjuran mereka.

Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan insiden yang sama tidak akan berulang lagi.

Usaha kerajaan bagi memastikan konsert dijalankan mengikut garis panduan

Menurutnya, perkara itu merupakan salah satu usaha baharu kerajaan selain menempatkan anggota polis dan beberapa agensi lain bagi memantau setiap konsert yang berlangsung.

“Kami juga telah minta kepada penganjur untuk mewujudkan ‘kill switch’…supaya sekiranya ada apa-apa insiden yang tidak seronok berlaku, boleh kita ‘kill switch’ serta-merta.

“Putuskan elektrik supaya persembahan tersebut tidak boleh dijalankan lagi. Ini adalah garis panduan selepas insiden tersebut.

“Kami harap dengan garis panduan lebih ketat, kita boleh memastikan bahawa persembahan dilakukan artis luar negara di Malaysia, ikutlah budaya negara kita.

“Sama ada tindakan boleh diambil atau akan diambil terhadap kumpulan itu… itu bukan di bawah kuasa KKD. KKD memang telah senarai hitam mereka,” katanya dipetik Awani.

Nie Ching berkata demikian semasa menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang bertanya tentang tindakan kerajaan dalam menangani isu kontroversi seperti yang pernah dicetuskan oleh The 1975.

Tindakan biadap vokalis The 1975 semasa konsert GVF2023 gemparkan negara

Terdahulu, tindakan vokalis The 1975, Matty Healy yang berkelakuan tidak sopan ketika sedang melakukan persembahan di Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) telah mencetuskan kemarahan ramai.

Sewaktu persembahan di Litar Antarabangsa Sepang itu, penyanyi berkenaan dipercayai turut memegang botol arak selain bertindak menghina undang-undang negara berhubung isu lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT).

Bercium di atas pentas semasa konsert berlangsung

Apa yang lebih teruk, Matty Healy atau nama penuhnya Matthew Timothy Healy turut bertindak mencium pemain bass The 1975, Ross MacDonalds serta meludah di hadapan penonton semasa berada di atas pentas.

Susulan tindakan tersebut, festival muzik yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari berturut-turut itu telah dibatalkan dengan serta-merta.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.