fbpx
Now Reading
Sum 41 Gegarkan Kuala Lumpur 5 Mac Ini, Sempena Jelajah Dunia Terakhir

Sum 41 Gegarkan Kuala Lumpur 5 Mac Ini, Sempena Jelajah Dunia Terakhir

Konsert yang akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur itu adalah bersempena dengan Konsert Jelajah Terakhir mereka sebagai sebuah kumpulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat peminat band pop punk terkenal, Sum 41 apabila kumpulan tersebut mengumumkan akan mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Mac ini.

Konsert yang akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada Selasa, 5 Mac ini adalah sebahagian daripada jelajah dunia (world tour) mereka yang terakhir, Tour of the Setting Sum (The Final Tour). 

Penganjuran konsert ini pasti menggembirakan peminat Sum 41 di Malaysia memandangkan ia adalah peluang mereka untuk menyaksikan kumpulan dari Kanada berkenaan beraksi di hadapan mata buat kali terakhir sebelum band itu dibubarkan.

Tiket konsert ‘farewell’ ini akan mula dijual bermula 17 Januari 2024, jam 12 tengah hari dan terdapat 3 jenis tempat duduk yang ditawarkan iaitu

  • Rockzone (Free standing) -RM249
  • CAT1 (VIP seating) – RM349
  • CAT2 (Normal seating) -RM299

Bagi peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan konsert Sum 41 terakhir di Malaysia ini bolehlah mendapatkan konsert di laman rasmi penganjur Hitman Solutions di sini.

Sebagai info, Sum 41 pada Mac 2023 mengumumkan secara rasmi yang band tersebut akan dibubarkan selepas 27 tahun bersama-sama dalam industri.

Namun pembubaran tersebut hanya akan berlaku selepas album terakhir mereka “Heaven :x: Hell” dilancarkan dan selepas mereka selesai mengadakan world tour terakhir.

Selain Kuala Lumpur, banyak lagi bandar Asia yang akan dikunjungi seperti Jakarta, Jogjakarta, Singapura, Tokyo, sebelum mereka menjelajah Amerika Syarikat diikuti Eropah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.