fbpx
Now Reading
Tiket Konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ Licin Terjual Dalam Masa 2 Jam, TokTi Luah Rasa Terharu [Video]

Tiket Konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ Licin Terjual Dalam Masa 2 Jam, TokTi Luah Rasa Terharu [Video]

Menurut pengurusnya, tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu turut dibeli oleh peminat daripada luar negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 19 Disember yang lalu penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengumumkan bakal mengadakan konsert 9 Mac tahun hadapan.

Menurutnya konsert yang diberi nama ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 8.30 malam.

Susulan itu, tiket bagi konsert tersebut telah mula dijual bermula semalam (21 Disember) menerusi laman KL Ticketing.

Selain itu tiket juga dijual dengan pelbagai kategori dan harga adalah bermula RM129 sehingga RM799.

Tiket konsert Siti Nurhaliza habis dijual dalam masa 2 jam

Namun apa yang mengejutkan tiket konsert penyanyi yang mesra dipanggil TokTi itu seperti ‘pisang goreng panas’ apabila ia habis dijual dalam masa dua jam selepas dibuka.

Perkara itu telah dikongsikan oleh TokTi menerusi satu video di Instagram dan turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang membeli tiket tersebut.

Kelihatan wajah TokTi seperti tak percaya, peminat luar negara tak lepaskan peluang beli tiket

Dalam video tersebut kelihatan wajah pelantun lagu ‘Cindai’ itu terkejut dan seperti tidak percaya dengan berita tersebut apabila dimaklumkan oleh pihak KL Ticketing.

Menurut pengurusnya, tiket tersebut tidak hanya dibeli oleh rakyat Malaysia sebaliknya luar negara seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan juga Vietnam.

“Sedang kami bermesyuarat petang tadi, pihak KL Ticketing menghubungi untuk memaklumkan tiket ke konsert sudah habis dijual.

“Terharu, tidak percaya dan sebak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tak janji untuk tambah hari konsert kerana dah dekat dengan Ramadan

TokTi bagaimanapun tidak menjanjikan untuk membuat penambahan hari persembahan memandangkan konsert yang bakal diadakan itu sudah menghampiri Ramadan termasuklah menganjak sehari kerana ingin memastikan kerja teknikal dan produksi dapat berjalan dengan baik.

“Misi kami di Yayasan Nurjiwa sewaktu memutuskan untuk meneruskan juga sebuah persembahan atau konsert di Axiata Arena kerana kami sudah pun membayar sewa (deposit) sejak awal 2023.

“Sepatutnya konsert ini dilangsungkan pada bulan Julai lalu namun kami tangguhkan kerana baru saya menjayakan konsert Satu Suara Vol.3 pada bulan Mei.”

Katanya disebabkan penangguhan itu, mereka kemudiannya mendapat tarikh baharu dari pihak Stadium Malaysia dan Axiata untuk diadakan pada 9 Mac 2024.

“Beberapa ketika kami akui terpaksa membuat keputusan dan memikirkan segenap sudut. Kami tidak mahu ada tindakan yang tersalah, keputusan yang silap (mungkin anda juga memahami situasi terkini) lebih-lebih lagi mengadakan konsert atau hiburan.

“Tetapi kami yakin apa yang kami lakukan adalah sebahagian daripada usaha ke arah apa yang kami sudah usahakan. Bagi anda yang mengikuti Yayasan Nurjiwa, pasti mengetahui kluster utama kami adalah memberi bantuan kebajikan, kemanusiaan,agama, pendidikan dan bantuan Palestin,” jelasnya lagi.

Kata TokTi lagi, yayasan tersebut mempunyai misi yang lebih besar untuk terus beramal serta membantu masyarakat dan tentunya apa yang telah disumbangkan oleh orang ramai menerusi persembahan tersebut adalah ke arah semua kerja amal dan juga kebajikan.

Ramai kecewa, sanggup duduk atas lantai

Melihat di ruangan komen, ramai yang kecewa kerana tidak berpeluang untuk mendapatkan tiket tersebut sehingga ada yang sanggup duduk di atas lantai.

“TokTi kalau kata orang jaga lampu tak cukup, saya ada tau. Tapi kalau dah cukup jaga pintu pun saya ok dah serius!”
“TokTi sayang, saya duduk dekat lantai pun tak apa, saya okay. Saya nak pergi please, sedih dan patah hati sangat saya hari ni”
“Ala tambah sehari je please. Lepas solat subuh salam kedua tu pun ok. Tak pun tambah kerusi hujung-hujung jadilah dapat rasa sipi-sipi angin aircond Axiata sebumbung dengan TokTi pun jadi muat naik dekat story sebagai kenangan”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.