fbpx
Now Reading
Isu Konsert Siti Nurhaliza: Ramai Sedih Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

Isu Konsert Siti Nurhaliza: Ramai Sedih Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

Terdahulu, Mufti Pulau Pinang mengeluarkan permohonan maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran dibuat secara terbuka hingga menimbulkan polemik yang tidak jangka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu yang lalu, kecoh di media sosial mengenai penganjuran konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang akan diadakan pada 9 Mac bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bermula dari isu pemilihan tempat sehingga ke tarikh pelaksanaan, penganjuran konsert ini nyata mendapat perhatian pelbagai pihak.

Antara yang paling menjadi perhatian adalah cadangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang menyarankan agar konsert tersebut ditunda kerana dijadualkan tiga hari sebelum 1 Ramadan.

Kenyataan itu kemudiannya mendapat balasan daripada pihak penyanyi nombor satu negara di mana beliau menjelaskan tujuan konsert berkenaan adalah untuk mengumpul dana buat mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Ekoran daripada ini, Wan Salim bagaimanapun telah mengeluarkan permohonan maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran dibuat secara terbuka hingga menimbulkan polemik yang tidak jangka.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyifatkan penganjuran konsert beberapa hari sebelum bulan puasa seolah-olah tidak menghormati bulan suci itu. Baca di ⬇️

Posted by BuzzKini on Wednesday, 17 January 2024

Tidak Perlu Mohon Maaf, Itu Tanggungjawab Mufti

Permohonan maaf yang dibuat oleh Wan Salim ternyata mengundang reaksi dari pelbagai pihak.

Menjengah ke pelbagai platform media sosial seperti Facebook dan TikTok, kebanyakan individu menzahirkan rasa sedih kerana mereka beranggapan agamawan itu tidak perlu membuat permohonan maaf.

Ini kerana mereka bersetuju dengan pendapat dan pandangan Wan Salim sebagai mufti dan tanggungjawabnya dalam memberi peringatan berkaitan hal ehwal agama.

Malah, ada yang turut menyokong tindakan Wan Salim dan mempersoalkan tindakannya yang memohon maaf sedangkan beliau memberi pandangan berkaitan hal benar.

ISLAM DILIHAT SEMAKIN ASING PADA AKHIR ZAMAN 1. Laman The Reporter melaporkan kenyaataan Mufti Pulau Pinang yang…

Posted by Majlis Ulama ISMA on Sunday, 21 January 2024

Ada Yang Tidak Bersetuju Dengan Pandangan Mufti

Walau bagaimanapun, ada juga antara mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau malah mempersoalkan tindakannya yang membuat kenyataan secara terbuka.

Ini kerana ada segelintir warganet yang turut mengaitkan penganjuran konsert artis luar negara yang mencetuskan kontroversi sebelum ini namun tidak mendapat tentangan mengenai penganjurannya.

Terdahulu, Wan Salim menjelaskan bahawa dia tidak mempertikaikan niat atau tujuan di sebalik konsert tersebut.

Namun, teguran tersebut hanyalah memfokuskan kepada tarikh konsert terbabit yang dilihat berhampiran dengan 1 Ramadan di mana beliau berpendapat umat Islam seharusnya menumpukan perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Berikut antara komen warganet:

“Isunya Sekarang Mufti Minta Maaf Sebab Dia Tegur Secara Terbuka, Bukan Sebab Siti Tak Terima Teguran”

“Bagus Teguran Dari Mufti Tu”

“Terima Kasih Di Atas Teguran Tuan Mufti”

“Mufti Layak & Patut Tegur”

“Semoga Allah Beri Kekuatan, Ketabahan & Kesabaran Yang Tinggi”

Baca Artikel Berkaitan: “Axiata Arena Adalah Muktamad” – Siti Nurhaliza Ulas Ada Pihak Mahu Konsert Diadakan Di SNBJ

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Pulau Pinang Saran Siti Nurhaliza Tunda Konsert Kerana Dijadualkan 3 Hari Sebelum Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Isu Saranan Tunda Konsert Siti Nurhaliza, Mufti Pulau Pinang Jelaskan Bukan Pertikai Niat Atau Tujuan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.