fbpx
Now Reading
“Axiata Arena Adalah Muktamad” – Siti Nurhaliza Ulas Ada Pihak Mahu Konsert Diadakan Di SNBJ

“Axiata Arena Adalah Muktamad” – Siti Nurhaliza Ulas Ada Pihak Mahu Konsert Diadakan Di SNBJ

Penyanyi nombor satu negara itu sudah menjangkakan akan wujudnya isu mengenai lokasi konsertnya pada tahun hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 19 Disember yang lalu, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal mengadakan konsert pada 9 Mac 2024.

Pengumuman ini nyata menggembirakan peminat setia penyanyi yang terkenal dengan gelaran TokTi itu setelah sekian lama dia tidak membuat persembahan solonya.

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu akan diadakan pada jam 8.30 malam bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil.

Walau bagaimanapun, lokasi konsert tersebut dilihat menjadi bualan ramai apabila ada segelintir pihak memohon agar konsert berkenaan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pilihan Axiata Arena Adalah Muktamad, Tidak Mahu Bersaing Dengan Mana-Mana Pihak

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jerat Percintaan ini sudah menjangkakan akan wujudnya isu mengenai lokasi konsertnya pada tahun hadapan itu.

Menurut Siti, ada pihak yang menjangkakan konsert tersebut bakal diadakan di SNBJ kononnya untuk menebus rekod yang dibenam oleh band antarabangsa terkenal, Coldplay sebelum ini.

“Soal lokasi konsert ini memang sudah ditentukan sejak awal perancangan lagi iaitu beberapa bulan lalu. Justeru, tiada kaitan dengan dakwaan mahu menyaingi mana-mana persembahan mega lain yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

“Pemilihan Axiata Arena adalah muktamad,” tegasnya.

Mohon Maaf Kepada Peminat Yang Tidak Dapat Beli Tiket

Dalam pada itu, Siti yang juga merupakan isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa meluahkan rasa syukur apabila jualan tiket konsert tersebut habis dijual dalam tempoh dua jam.

Namun, dia memohon maaf khusus buat peminat yang tidak dapat membeli tiket konsert tersebut.

“Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tak dapat membeli tiket.

“Saya memahami ada yang terus mencuba dan tidak sempat mendapatkannya.

“Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Untuk info, Siti Nurhaliza sebelum ini memegang rekod sebagai persembahan penonton paling ramai iaitu sebanyak 70,000 orang ketika membuat Konsert Jelajah Fantasia pada tahun 2004 di SNBJ.

Rekod itu dipegang olehnya selama 19 tahun sebelum ia diungguli oleh Kumpulan Rock Britain terkenal, Coldplay melalui konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour.

Ketika kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion membuat persembahan di situ, kira-kira 75,000 penonton membanjiri SNBJ pada 22 November yang lalu.

Konsert #COLDPLAYinKL yang berlangsung malam semalam telah mencatatkan rekod jumlah penonton tertinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu sebanyak 75,000 penonton. Sumber The Star

Posted by BuzzKini on Thursday, 23 November 2023

Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Umum Adakan Konsert Mac Tahun Hadapan

Baca Artikel Berkaitan: Tiket Konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ Licin Terjual Dalam Masa 2 Jam, TokTi Luah Rasa Terharu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.