fbpx
Now Reading
“Yang Betul Ada Jiwa Bola Je Faham” – Budak Lelaki Menangis Lihat Harimau Malaya Kalah [Video]

“Yang Betul Ada Jiwa Bola Je Faham” – Budak Lelaki Menangis Lihat Harimau Malaya Kalah [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit juga gagal menahan sebaknya dengan kekalahan yang dialami Harimau Malaya menentang Bahrain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini memberi sokongan padu kepada skuad kebangsaan dalam Piala Asia 2023 di Qatar.

Penantian selama 42 tahun untuk Harimau Malaya layak secara merit dalam kejohanan terulung di Asia itu pastinya tidak disia-siakan rakyat Malaysia selaku pemain ke-12 negara untuk menontonnya.

Bagaimanapun, kekalahan dua perlawanan berturut-turut yang dialami skuad kebangsaan menyebabkan rata-rata penyokong Harimau Malaya bersedih.

Baca Artikel Berkaitan: Piala Asia 2023: Kim Pan Gon Mohon Maaf Selepas Jordan Belasah Harimau Malaya 4-0

Tular video budak lelaki memangis lihat Harimau Malaya kalah menentang Bahrain

Emosi yang sama turut terlihat pada seorang kanak-kanak lelaki ini apabila tular di media sosial video kesedihannya yang tidak dapat dibendung saat melihat skuad Harimau Malaya tewas buat kedua kalinya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @afiezenal, kanak-kanak itu dipercayai menonton perlawanan Malaysia menentang Bahrain bersama ibu bapanya di acara Skrin Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 20 Januari lalu.

“Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama. Harimau Malaya pasti bangkit berjaya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bapa turut sebak, Adam Adli beri kata-kata semangat

Dalam video sama, turut kelihatan bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit juga gagal menahan sebaknya sambil menggenggam erat Jalur Gemilang.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli yang berada di stadium pada waktu itu kelihatan memberi kata-kata semangat buat penyokong cilik terbabit yang sedang bersedih.

Adik Farees juga bermain bola sebagai penjaga gol

Menurut pemilik akaun, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Farees itu merupakan penjaga gol untuk kelab bola sepak SmotFC bawah lapan tahun.

Bapa kepada Farees juga merupakan seorang jurulatih penjaga gol. Kanak-kanak itu juga menjadikan penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi sebagai idolanya.

“Jiwa keluarga ini memang untuk bola sepak, kita doakan adik ini akan berjaya satu hari nanti.” tulisnya di ruangan komen.

Netizen pakat sebak dan beri kata-kata semangat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat kesedihan kanak-kanak terbabit.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga memberi kata-kata semangat buatnya untuk terus setia menjadi ekor Harimau Malaya.

Sekadar info, pemain sayap skuad Bahrain, Ali Madan tampil menjadi wira dalam perlawanan terbabit selepas berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir masa tambahan sekali gus meranapkan harapan Harimau Malaya untuk melepasi peringkat kumpulan.

Kesedihan yang dialami pada ketika ini bukanlah alasan untuk kita berhenti daripada memberi sokongan pada kepada Harimau Malaya.

Jangan lupa saksikan perlawana seterusnya Harimau Malaya menentang skuad gergasi Asia, Korea Selatan pada 25 Januari ini jam 7.30 malam.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.