fbpx
Now Reading
Piala Asia 2023: Kim Pan Gon Mohon Maaf Selepas Jordan Belasah Harimau Malaya 4-0

Piala Asia 2023: Kim Pan Gon Mohon Maaf Selepas Jordan Belasah Harimau Malaya 4-0

Jurulatih skuad kebangsaan itu menjelaskan barisan pemainnya sudah mencuba sedaya upaya sebelum terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Jordan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Awal pagi tadi (16 Januari), pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya telah tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi kumpulan E saingan Piala Asia Qatar 2023.

Kekalahan itu pastinya membuatkan para pemain ke-12 iaitu penyokong Harimau Malaya yang menonton secara langsung di kaca televisyen (TV) mahupun di Stadium Al Janoub, Doha berasa sedih.

Kim Pan Gon mohon maaf kepada para penyokong Harimau Malaya

Susulan itu, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon memohon maaf kepada para penyokong atas kekalahan yang dialami Harimau Malaya.

Pan Gon menjelaskan barisan pemainnya sudah mencuba sedaya upaya sebelum terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Jordan.

“Tahniah kepada Jordan, mereka beraksi dengan bagus. Untuk kami, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

“Kami sudah cuba memberikan yang terbaik, malangnya kami tidak berjaya, saya memohon maaf untuk itu. Masih ada dua perlawanan lagi (dalam Kumpulan E) dan kami harus pandang ke depan,” katanya dipetik Berita Harian.

Dua bekas pemain import Kedah Darul Aman FC jadi wira skuad Jordan

Bekas pemain import Kedah Darul Aman, Mahmoud Al Mardi dan Mousa Tamari muncul sebagai wira skuad Jordan selepas masing-masing menjaringkan dua gol dalam perlawanan terbabit.

Jurulatih skuad Jordan, Hussein Ammouta juga menjelaskan dia amat berpuas hati dengan aksi para pemainnya hingga berjaya meraih kemenangan selesa dalam perlawanan pertama di Piala Asia 2023.

“Ia permulaan yang bagus buat kami untuk Piala Asia 2023, namun masih ada dua perlawanan yang perlu diharungi dalam Kumpulan E,” kata Hussein.

Dalam perlawanan seterusnya, skuad Kebangsaan akan menentang Bahrain pada 20 Januari ini, jam 10 malam waktu Malaysia.

Sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia terus memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.