fbpx
Now Reading
Piala Asia 2023: Gara-gara Bergaduh Dengan Jurulatih, ‘Striker’ Jordan Dihantar Pulang [Video]

Piala Asia 2023: Gara-gara Bergaduh Dengan Jurulatih, ‘Striker’ Jordan Dihantar Pulang [Video]

Dalam satu kenyataan, Jordan berkata tindakan itu diambil kepada penyerang Hamzah Al-Dardour kerana telah melanggar arahan pasukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara bergaduh dengan jurulatih, penyerang skuad Jordan iaitu Hamzah Al-Dardour telah dihantar pulang semula ke negara itu.

Hamzah dikatakan bergaduh dengan jurulatih utama Jordan, Hussein Ammouta selepas menang menentang Iraq dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 di Qatar kelmarin (29 Januari).

Difahamkan Hamzah yang juga penjaring terbanyak negaranya itu berkelahi di tepi garisan bersama Ammouta pada masa kecederaan.

Pengadil layang kad merah kerana Hamzah langgar arahan pasukan

Susulan itu, pengadil perlawanan telah memberikannya kad merah meskipun dia tidak dimasukkan sebagai pemain gantian.

Memetik Berita Harian, dalam satu kenyataan Jordan berkata, tindakan itu diambil kerana Hamzah melanggar arahan pasukan.

Rakan sepasukan cuba tenangkan Hamzah dari terus bergaduh dengan Ammouta

Menerusi rakaman yang dikongsikan di laman X akaun @11LionsNL, kelihatan penyerang berusia 32 tahun itu cuba ditenangkan oleh rakan sepasukannya selepas bergaduh dengan Ammouta.

Untuk info, Hamzah hanya dimasukkan dua kali sebagai pemain gantian Jordan dalam aksi sebelum ini iaitu menentang Malaysia dan Bahrain di peringkat kumpulan E.

Jordan akan menentang Tajikistan pada perlawanan suku akhir Jumaat ini (2 Februari) dalam merebut tempat untuk ke separuh akhir Piala Asia 2023.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.