Kisah Abang Bawa Adik OKU Penglihatan Ke Qatar Demi Sokong Harimau Malaya Sentuh Hati Ramai [Video]
Menurut Muhammad Ridzwan, dia suka ke stadium untuk merasai kemeriahan suasana meskipun tidak dapat melihat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menjadi pemain ke-12 skuad kebangsaan, Harimau Malaya adalah hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mahupun status.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang lelaki yang dikenali sebagai Raff Iskandar Erman Effendi yang membawa adiknya ke Qatar untuk menonton dan memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dalam Piala Asia 2023.
adik OKU penglihatan, abang guna simulasi tangan untuk tunjuk situasi perlawanan
Apa yang menyentuh hati ramai, adik Raff Iskandar yang dikenali sebagai Muhammad Ridzwan itu merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan menyebabkan abangnya menggunakan simulasi tangan untuk menunjukan situasi permainan
“Bagi saya ini bukanlah cabaran, kerana kami dah biasa ke stadium di Malaysia dan dia (Muhammad Ridzwan) mahu merasai pengalaman di tempat lawan Piala Asia, lagi-lagi apabila Malaysia berjaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit.
“Biasanya saya akan buat simulasi guna tangan mengenai situasi permainan. Contohnya ketika Arif Aiman berlari ataupun Matt Davies buat terjahan, untuk bagi dia faham apa yang berlaku.
“Dia mungkin tak nampak, tapi dia rasa apa yang berlaku,” kata Raff Iskandar dipetik Bernama.
Muhammad Ridzwan suka ke stadium untuk rasai kemeriahan
Sementara itu, Muhammd Ridzwan yang juga merupakan ahli muzik berkata, dia suka ke stadium untuk merasai kemeriahan suasana meskipun tidak dapat melihat.
“Harapan saya kali ini sama macam orang untuk lihat Malaysia menang. Tetapi saya nak pemain Malaysia tahu dalam banyak-banyak ‘ekor’ (peminat), saya seorang yang datang nak dengar Malaysia menang, bukannya tengok dorang menang,” katanya.
Difahamkan, Raff Iskandar dan Muhammad Ridzwan tiba di Qatar pada pagi Selasa lalu (16 Januari) untuk menyaksikan ketiga-tiga perlawanan Malaysia menentang Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.
Mereka berdua antara ribuan peminat pasukan kebangsaan yang berada di Qatar ketika ini, sempena kelayakan Harimau Malaya ke Piala Asia 2023.
Dalam pada itu, menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh wartawan Bernama, Nazrin Arif di akaun X miliknya (nasrinarifs15), rata-rata pengguna media sosial terharu dan sebak melihat semangat dua beradik itu demi memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya.
Kasih seorang abang…
— Nazrin Arif 🇲🇾 (@nazrinarifs15) January 16, 2024
Simulasi guna tangan ialah usaha dilakukan bagi memastikan adiknya yang cacat penglihatan merasai suasana perlawanan di stadium.
Datang dengan harapan, mereka mahu jadi sebahagian daripada sejarah perjuangan #HarimauMalaya di bumi Qatar.#AsianCup2023 pic.twitter.com/qYatYjmvgy
Malaysia akan menentang Bahrain dan Korea Selatan pada 16 dan 25 Januari ini
Sekadar info, Malaysia yang berada di kumpulan E akan menentang Bahrain pada Sabtu ini (16 Januari) jam 10 malam dan Korea Selatan, 25 Januari depan pada pukul 7.30 malam.
Pasukan negara menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia, menyasarkan untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik pula.
Marilah kita rakyat Malaysia memberi sokongan kepada Harimau Malaya dalam kejohanan terulung di Asia ini.
Beriku komen yang diberikan oleh netizen:
Sebak aku tgk video ni. @FAM_Malaysia tlg sampaikan pada pemain2 negara utk byr balik 'hutang' kemenangan pd dia ni
— Jai-yen (@Jaiyen_nakal) January 17, 2024
@FAM_Malaysia ko hutang nyawa tahu dekat dia ni l…respect gila kat adik beradik ni😭🫡…sokongan ko memang padu mat🥺😢…hutang darah ko @FAM_Malaysia makan dia
— Macbryan (@macbryankevin) January 17, 2024
Tak dapat digambarkan dengan kata2, semangat dan kecekalan adik beradik.. 😭😭
— Muhamad Bazli (@MuhamadBazli6) January 17, 2024