Dicurangi Ketika Kerja Offshore? Lelaki Terkejut 4 Daripada 6 Anak Bukan Zuriatnya
Menurut seorang pengguna X, rakannya itu mula mengetahui tentang perkara terbabit selepas dia membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam kehidupan berumah tangga ini, pasti akan ada pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi.
Malah pertengkaran atau perselisihan faham sudah umpama menjadi asam garam dan lumrah dalam kehidupan berpasangan.
Namun, perkara yang paling menyakitkan dan menjadi kerisauan ramai apabila pasangan yang dicintai tergamak bersikap curang dengan individu lain.
Pekerja offshore dapati dia bukan bapa kandung terhadap empat anaknya
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna laman X (@akuskizo) menceritakan bahawa seorang rakannya yang juga pekerja ‘offshore’ mendapati empat daripada enam anaknya bukanlah zuriatnya sendiri.
Menurutnya, rakannya itu mula mengetahui tentang perkara terbabit selepas dia membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Pilih untuk kekalkan hubungan demi anak-anak, IC tak tukar nama untuk jaga aib
Lebih menyedikan, apabila dia menyatakan bahawa rakannya itu memilih untuk kekalkan hubungan kerana memikirkan nasib anak-anak selain dua daripadanya juga adalah zuriatnya sendiri.
Tidak hanya itu, lelaki terbabit juga membiarkan namanya kekal di dalam kad pengenalan semua anak itu demi menutup aib daripada orang ramai.
“Kawan aku (baru tahu) empat daripada enam anak dia adalah anak orang. Pengajaran kepada semua kawan kerja ‘offshore’, semak ujian DNA anak-anak anda.
“Kebenaran memang menyakitkan tetapi masa depan anak-anak lebih penting. Bagaimanapun, kawan aku ambil keputusan untuk kekal dalam hubungan demi anak-anak,” ciapnya.
Kisah 2 tahun lalu, kini lelaki terbabit aktif sertai tabligh
Memetik laporan Kosmo, difahamkan kejadian itu berlaku pada dua tahun lalu dan kini lelaki berkenaan dikatakan aktif menyertai tabligh bermula awal Februari lalu.
“Sesungguhnya dia amat kuat. Dia dah okey katanya. Itu kali terakhir dia ‘update’ sebelum keluar sertai tabligh,” katanya.
Kawan aku lagi win. 4/6 kids dia adalah anak orang. Lesson learned to all u offshore dudes, check ur children DNA. The truth hurts but it is imporyfor the kids' future.
— SCUBA2.0 (@akuskizo) March 18, 2024
Kawan aku decided to stay. Demi kids n bcoz the last two were his. Gosh https://t.co/4jh46keWdh