fbpx
pemain skuad harimau malaya rai kemenangan di kelab malam

Tular Video Pemain Harimau Malaya Rai Kemenangan Di Kelab Malam – Junior Eldstal Beri Penjelasan

Menerusi video yang tular tersebut, Junior Eldstal telah tampil memberi penjelasan bagi menjawab persoalan netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial satu video tular yang menunjukkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Dalam video yang berdurasi selama lapan saat yang tersebar di media sosial serta Whatsapp, antara pemain yang kelihatan di dalam video yang dipercayai dirakam di sebuah kelab malam itu adalah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan serta Darren Lok.

Kelihatan pemain beragama Islam turut bersama dalam kelab malam tersebut

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian dan persoalan kepada netizen apabila mereka mendakwa terdapat seorang pemain yang beragama Islam turut berada dalam video tersebut dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok.

Pemain beri penjelasan isu video tular buat ramai salah faham

Menerusi laporan portal Harimau Malaya, Junior tampil memberi penjelasan berkenaan video yang telah membuatkan ramai orang salah faham akan perkara tersebut.

Jelasnya apa yang dilihat di video tersebut hanyalah satu sambutan yang dilakukan oleh sekumpulan keluarga dan rakan dalam meraikan kejayaan.

“Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik.

“Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” jelas Junior.

Selepas 42 tahun Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Terdahulu, Harimau Malaya telah berjaya membawa Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit selepas dapat menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan E dia Stadium Nasional, Bukit Jalil dan sekaligus dapat menamatkan penantian 42 tahun, pada 14 Jun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.