fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza Umum Adakan Konsert Mac Tahun Hadapan

Siti Nurhaliza Umum Adakan Konsert Mac Tahun Hadapan

Menurut Siti Nurhaliza, tiket akan mula dijual pada 21 Disember 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan akan mengadakan konsert pada Mac 2024.

Perkara itu dikongsikan Siti Nurhaliza menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi, konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 9 Mac 2024 jam 8.30 malam.

Menerusi posting itu lagi, tiket akan mula dijual pada 21 Disember 2023.

Namun maklumat lanjut mengenai konsert tersebut hanya akan dimaklumkan pada esok hari (20 Disember).

Pengumuman itu nyata memberikan keterujaan kepada para peminatnya memandangkan Siti kali terakhir mengadakan konsert adalah pada tahun 2019.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.