fbpx
Now Reading
Isu Saranan Tunda Konsert Siti Nurhaliza, Mufti Pulau Pinang Jelaskan Bukan Pertikai Niat Atau Tujuan

Isu Saranan Tunda Konsert Siti Nurhaliza, Mufti Pulau Pinang Jelaskan Bukan Pertikai Niat Atau Tujuan

Menurut Wan Salim, mengadakan konsert di saat menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpukan perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor menjelaskan beliau tidak sama sekali mempertikaikan niat atau tujuan di sebalik penganjuran konsert penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan diadakan pada 9 Mac hadapan.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini hanya memfokuskan kepada tarikh konsert terbabit yang akan dilangsungkan ketika umat Islam bakal menjalani ibadah bulan Ramadan.

Konsert hampir bulan puasa melalaikan umat Islam

Jelas Wan Salim mengikut pandangannya, mengadakan konsert di saat menghampiri bulan Ramadan adalah melalaikan umat Islam daripada menumpukan perhatian kepada aspek pembangunan rohani.

“Sepatutnya dalam waktu sedemikian, umat Islam digalak membuat persiapan rohani secukupnya untuk menyambut kedatangan bulan mulia itu.

“Bagaimanapun, saya hanya memberi pandangan peribadi dan mengambil kira kesan konsert itu ke atas umat Islam di sudut rohani, bukan ingin mencapai kepentingan segera,” katanya dipetik Berita Harian semalam (21 Januari).

Ujarnya lagi, Wan Salim ingin mengingatkan semua pihak bahawa pandangan peribadi seorang mufti tidak mengikat mana-mana individu Muslim atau bukan Muslim.

Katanya, teguran yang diberikan itu adalah ikhlas demi kebaikan umat Islam dan bukannya mencari populariti atas kepentingan diri.

Mufti Pulau Pinang tidak halang aktiviti seni asalkan tidak melalaikan

Berkongsi lanjut, Wan Salim bagaimanapun menjelaskan beliau sentiasa berlapang dada dalamhal membabitkan hiburan dan aktiviti seni memandangkan Islam tidak menentang hiburan serta kesenian yang bersih. Namun ianya mestilah tidak melalaikan selain mendorong manusia kepada kemaksiatan.

“Inilah pendirian saya yang konsisten walaupun tahu ada sebahagian ulama menghukum nyanyian dan muzik adalah haram dan berdosa.

“Jadi, menyedari kekerdilan diri sebagai hamba Allah, saya memohon maaf kepada Siti Nurhaliza dan Yayasan Nurjiwa kerana teguran itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan polemik tidak jangka,” kata Wan Salim.

Tular laporan Wan Salin saran konsert Siti Nurhaliza ditunda ke tarikh yang lain

Terdahulu, saranan Wan Salim agar penganjuran konsert ‘Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ ditunda pada tarikh yang lain telah meraih perhatian ramai.

Segelintir pengguna pengguna media sosial tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti terbabit. Namun ada juga yang menyokongnya sekaligus menimbulkan perdebatan ramai.

Konsert tidak ditunda, ingin kumpul dana untuk bantu Palestin dengan segera

Bagaimanapun, Siti Nurhaliza dilaporkan akan meneruskan acara mega terbabit mengikut jadual yang telah ditetapkan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menerusi satu kenyataan rasmi Yayasan Nurjiwa di laman media sosial rasminya, konsert itu diadakan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera dan bukannya atas kepentingan perniagaan.

“Untuk pengetahuan semua, pihak kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal tahun 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan dan mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu.

“Namun, memahami matlamat dan objektif utama penganjuran Konsert Epitome: Saya Siti Nurhaliza membuatkan kami mencapai keputusan secara konsesus untuk meneruskannya,” jelas kenyataan itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.