fbpx
Now Reading
“Saya Sudah Nasihat” – Mufti Pulau Pinang Tak Kisah Jika Saranan Batal Konsert Ed Sheeran Tak Diendah

“Saya Sudah Nasihat” – Mufti Pulau Pinang Tak Kisah Jika Saranan Batal Konsert Ed Sheeran Tak Diendah

Menurut Wan Salim, sebagai seorang mufti dia hanya mampu mencegah kemungkaran secara lisan (perkataan) seperti memberi nasihat, teguran dan sebagainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyatakan beliau tidak kisah jika nasihat mengenai pembatalan konsert penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran yang akan diadakan itu tidak diendahkan.

Menurutnya, beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mufti untuk menasihati orang ramai berdasarkan ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepadanya.

Wan Salim hanya mampu cegah kemungkaran secara lisan sebagai seorang mufti

Sebagai seorang mufti, Wan Salim berkata dia hanya mampu mencegah kemungkaran secara lisan (perkataan) seperti memberi nasihat, teguran dan sebagainya.

“Saya tidak kisah jika nasihat yang diberikan hanya ibarat mencurah air di daun keladi. Saya hanya mahu mendapat kemaafan Tuhan kerana telah melaksanakan kewajipan amar makruf nahi munkar.

“Sikap saya seperti yang diceritakan di dalam al-Quran, surah al-A’raf, ayat 162 yang bermaksud, dan ingatlah ketika satu kumpulan dalam kalangan mereka (Bani Israel) berkata,”Kenapa kamu menasihati satu kaum yang ALLAH akan membinasakan mereka (di dunia) dan menyeksa mereka (di akhirat) dengan siksaan yang dahsyat?’

“Mereka menjawab,”Agar kami ada alasan (telah melaksanakan tanggungjawab) kepada Tuhan kamu,” katanya dipetik Sinar Harian.

Fahmi Fadzil sahkan konsert Ed Sheeran akan berlangsung seperti biasa

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa penganjuran konsert Ed Sheeran yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit, Jalil pada 24 Februari ini akan diteruskan seperti biasa.

Jelas Fahmi, beliau juga telah merujuk kepada Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) mengenai penganjuran konsert itu.

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Perubahan Pada Kelulusan Konsert Ed Sheeran – Fahmi Fadzil

Foto: Instagram/teddysphotos

Wan Salim akan terus suarakan pandangan dan nasihat berdasarkan ilmu yang dikurniakan

Sementara itu, kata Wan Salim lagi, beliau juga akan terus menyuarakan pandangan dan nasihat yang dirasakan benar berdasarkan ilmu yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

“Dalam usia yang mencecah 80 tahun, tiada apa yang saya impikan lagi di dalam kehidupan ini selain keredaan ALLAH SWT. Saya akan terus menyuarakan pandangan dan nasihat.

“Saya tiada kemampuan untuk mengubah kemungkaran dengan tangan (kuasa), namun saya masih mampu memberi nasihat kepada pihak yang ada kuasa.

“Terserah lah kepada pihak tersebut sama ada mahu menerima nasihat atau sebaliknya. Kita semua lambat laun akan kembali jua ke hadrat-Nya dan akan disoal tentang segala yang dilakukan semasa hidup di dunia,” katanya.

Foto: Malaymail

Tular Wan Salim gesa Kementerian Komunikasi batalkan konsert Ed Sheeran

Terdahulu, Wan Salim menggesa pihak kerajaan melalui Kementerian Komunikasi agar membatalkan kebenaran penganjuran konsert Ed Sheeran telah meraih perhatian ramai rakyat Malaysia.

Ujarnya, kebenaran mengadakan konsert melibatkan artis luar negara yang didakwa penyokong tegar komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak sepatutnya berlaku.

Beliau turut menyeru Kementerian Komunikasi untuk mengambil kira dan menghormati pandangan mufti sebelum membenarkan sebarang acara hiburan termasuk konsert dilakukan di Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.