fbpx
Now Reading
Gelagat Wan Azizah Beri ‘Flying Kiss’ Pada Siti Nurhaliza Ketika Konsert Kepci Undang Perhatian [Video]

Gelagat Wan Azizah Beri ‘Flying Kiss’ Pada Siti Nurhaliza Ketika Konsert Kepci Undang Perhatian [Video]

Gelagat spontan Wan Azizah memberi ‘flying kiss’ kepada Siti Nurhaliza selepas menyanyikan lagi Menjaga Cintamu telah menarik perhatian netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial Twitter memaparkan isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memberikan ‘Flying Kiss’ kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza semasa berlangsungnya Kepci Music Fest pada 27 Ogos (Sabtu) lalu.

Tindakan itu dilakukan oleh Wan Azizah ketika Siti Nurhaliza sedang mendendangkan teaser lagunya yang bertajuk Menjaga Cintamu di mana ia merupakan salah satu OST di dalam filem Anwar: The Untold Story.

Lagu Menjaga Cintamu ceritakan kesetian Wan Azizah sebagai seorang isteri

Lagu dan lirik yang ditulis oleh Andi Rianto dan Sekar Ayu Asmara itu menceritakan tentang kesetiaan Wan Azizah sebagai seorang isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gelagat spontan beliau ketika konsert dengan memberikan Flying Kiss itu turut sempat dirakam oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil secara dekat sebelum ia menjadi perhatian di media sosial.

Malah ramai netizen turut mengatakan gelagatnya itu sangat comel.

Kosert Kepci Music Fest rai ulang tahun KFC ke-50

Terdahulu, Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia telah menganjurkan konsert Kepci Music Fest bersempena dengan ulang tahun ke-50 jenama makanan itu di negara ini.

Konsert diadakan di Stadium tertutup Melawati, Shah Alam ini turut dihadiri seramai 8,500 penonton dan turut dihadiri oleh PM bersama isteri dan Fahmi.

Turut kelihatan kesemua penonton yang hadir terhibur dengan persembahan bertenaga dan gempak dari setiap penyanyi yang hadir seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, MK (K-Clique), Misha Omar, Bunga, Imsoniac serta ramai lagi.

Bukan hanya itu Kepci Music Fest ini turut menggabungkan kegembiraan, nostalgia dan sajian menyelerakan merangkumi kenangan indah bersama KFC yang terus dihargai sepanjang setengah abad.

Kesemua tiket habis dijual, konsert turut akan dibuat di Sabah dan Johor

KFC dalam pada itu memaklumkan kesemua tiket habis dijual selain ia turut menerima pujian daripada pengunjung yang hadir.

Untuk makluman anda selain di Stadium Melawati, Shah Alam Kepci Music Fest turut akan diadakan dia dua negeri lagi iaitu KDCA, Sabah pada 6 Oktober dan Arena Larkin pada 21 Oktober ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.