fbpx
Now Reading
Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

Tindakan tidak sopan dilakukan kumpulan The 1975 itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menyifatkan ia satu tindakan biadap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi (21 Julai), tular di media sosial beberapa klip rakaman dari orang ramai yang memaparkan tindakan vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang berkelakuan tidak sopan ketika sedang melakukan persembahan di Good Vibes Festival 2023 (GVF2023).

Sewaktu persembahan di Litar Antarabangsa Sepang itu, penyanyi berkenaan dipercayai turut memegang botol arak selain bertindak menghina undang-undang negara berhubung isu lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT).

Bercium, hina undang-undang, minum arak dan meludah ketika di atas pentas

Apa yang lebih teruk, Matty Healy atau nama penuhnya Matthew Timothy Healy turut bertindak mencium pemain bass The 1975, Ross MacDonalds serta meludah di hadapan penonton semasa berada di atas pentas.

Namun tidak lama kemudiannya, semasa persembahan masih berlangsung, pentas tiba-tiba menjadi gelap dan Healy kemudian mengumumkan dengan nada marah bahawa persembahan terpaksa dihentikan.

Malah dia mendakwa mereka telah ‘dibanned’ daripada melakukan persembahan di Kuala Lumpur.

“That’s it from us, guys. We’re banned from Kuala Lumpur,” ujarnya sebelum meninggalkan pentas dan diikuti oleh ahli kumpulan lain.

Fahmi Fadzil sifatkan ia tindakan biadap

Perkara itu secara tidak langsung turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menyifatkan ia satu tindakan biadap.

Beliau dalam masa sama turut memanggil penganjur konsert berkenaan untuk memberi penjelasan.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok (22 Julai), dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” ciapnya di Twitter.

Penganjur kesal isu berlaku di GVF2023

Penganjur menerusi satu kenyataan rasmi pagi tadi meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku.

Menurut penganjur persembahan kumpulan itu terpaksa ditamatkan kerana ianya telah melanggar garis panduan persembahan di negara kita.

“Kami kesal kerena persembahan The 1975 terpaksa ditamatkan awal kerana kumpulan terbabit tidak mematuhi garis panduan persembahan konsert tempatan. Good Vibes Festival sentiasa berdedikasi untuk menyediakan pengalaman muzik yang menyeronokkan, dan kami amat menghargai sokongan berterusan daripada anda.

“Festival Good Vibes 2023 akan diteruskan seperti yang dijadualkan, dan kami sangat menjangkakan kehadiran anda pada hari Sabtu dan Ahad.”

Tambah penganjur lagi orang ramai yang hanya mempunyai pas ‘single day’ pada hari Jumaat kini dibenarkan hadir ke festival pada hari Sabtu dan Ahad dengan hanya mempamerkan pas mereka di pintu utama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.