fbpx
Now Reading
Isu Sekatan Hantaran Berkaitan Palestin, KKD Jumpa TikTok Khamis Ini

Isu Sekatan Hantaran Berkaitan Palestin, KKD Jumpa TikTok Khamis Ini

Terdahulu, terdapat aduan daripada beberapa pengguna TikTok berhubung hantaran mereka dipadam setelah memuat naik kandungan berkaitan Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik di antara Palestin dan Israel yang mula tercetus sejak awal bulan lalu masih lagi berlarutan sehingga kini.

Kemelut yang berlaku di antara dua pihak itu nyata menarik perhatian masyarakat dari seluruh dunia kerana telah banyak mengorbankan nyawa individu yang tidak bersalah disebabkan kekejaman Rejim Zionis.

Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin antaranya seperti bantuan derma dan sebaran maklumat menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter (X) dan Tik Tok.

Namun, terdapat segelintir individu yang mengadu hantaran mereka dipadam terutamanya di TikTok hanya kerana memuat naik hantaran berbentuk sokongan kepada Palestin.

KKD Berjumpa TikTok Khamis Ini, Bincang Isu Hantaran Dipadam

Ekoran daripada ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan bersama pengendali aplikasi TikTok pada esok (26 Oktober).

Perbincangan tersebut bertujuan untuk membincangkan isu kandungan berkaitan konflik Israel-Palestin yang didakwa disekat oleh TikTok.

Menurut Fahmi, perbincangan itu akan diadakan di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan syarikat induk TikTok.

“InsyaAllah saya akan mengadakan perjumpaan dengan TikTok, saya difahamkan mereka akan hadir Khamis ini, tapi saya biarkan MCMC untuk jumpa mereka dulu. Saya telah dipelawa untuk bertemu dengan the mother company (syarikat induk) kepada TikTok.

“Malah, saya lihat Tiktok sudah mula cuak kerana mereka dapat tahu yang kita akan bertemu dengan syarikat induk mereka.

“Namun, saya ingin tegaskan, bukan melibatkan Tiktok sahaja, tetapi semua platform media, seperti yang Perdana Menteri umumkan Jumaat lalu, Malaysia akan mula melaksanakan Global Minimum Tax yang akan memerlukan syarikat-syarikat media sosial untuk didaftarkan,” katanya yang dipetik dari Buletin Utama.

Teguh Dalam Menyatakan Sokongan Terhadap Palestin

Mengulas lanjut mengenai Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang berlangsung di Axiata Arena semalam (24 Oktober), beliau menyatakan bahawa kehadiran 15,000 pengunjung menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia memberi sokongan yang teguh kepada rakyat Palestin.

“Ada beberapa perkara yang penting, semestinya kita telah dimaklumkan oleh Wisma Putra bahawa pada 26 Oktober, jam 10 malam waktu Malaysia, satu sidang khas tergempar akan diadakan di United Nations General Assembly (UNGA), di mana satu permohonan yang dibuat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang disokong oleh Malaysia dan sejumlah negara lain untuk membincangkan dan membahaskan isu berkaitan Palestin telah dibenarkan dan akan dibahas pada waktu itu.

“Malaysia akan turut terlibat, dan ini satu penghormatan dan juga pengiktirafan bahawa Malaysia teguh dan tegas dalam pendirian dalam isu kebebasan bagi negara Palestin dan juga keadilan untuk rakyatnya setelah kita saksikan kezaliman oleh rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

“Kehadiran yang baik ini saya harap akan jadi pencetus dan memberi semangat kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Pada masa yang sama, Fahmi turut mengingatkan rakyat Malaysia yang mahu membuat sumbangan terhadap rakyat Palestin agar meneliti dan membuat semakan bagi memastikan sumbangan tersebut disalurkan kepada agensi atau badan yang diiktiraf.

“Kita risau tindakan pihak scammer atau pihak tidak bertanggungjawab ingin mengambil kesempatan untuk meraih dana dan kita tidak tahu dana itu pergi ke mana,” katanya.

Terdahulu, terdapat aduan daripada beberapa pengguna media sosial di TikTok berhubung hantaran mereka dipadam setelah memuat naik kandungan berkaitan Palestin.

TikTok dikatakan bertindak memadam hantaran tersebut atas alasan melanggar garis panduan komuniti.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.