fbpx
Now Reading
Gagal Capai Sasaran Jualan, McDonald’s Akui Perang Israel-Gaza Antara Punca

Gagal Capai Sasaran Jualan, McDonald’s Akui Perang Israel-Gaza Antara Punca

Menurut McDonald’s, konflik Israel-Gaza telah memberi ‘impak yang signifikan’ terhadap prestasi di beberapa pasaran luar negara pada suku keempat 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s gagal mencapai sasaran jualan disebabkan ramai pelanggan memboikot syarikat itu kerana didakwa memberi sokongan terhadap Israel.

Menurut BBC News, McDonald’s dilaporkan gagal mencapai sasaran jualan suku pertamanya dalam hampir empat tahun disebabkan pertumbuhan lemah dalam bahagian perniagaan antarabangsa.

Kempen boikot berpunca daripada tanggapan salah terhadap francais, kata McDonald’s

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski, kempen boikot tersebut berpunca daripada tanggapan salah (misinformation) terhadap francais berkenaan sekaligus menyebabkan saham syarikat merosot kira-kira 4%.

McDonald’s merupakan salah satu daripada beberapa perusahaan dari dunia Barat yang menghadapi isu boikot dan protes oleh para penyokong Palestin.

Menurut syarikat itu, konflik Israel-Gaza telah memberi ‘impak yang signifikan’ terhadap prestasi di beberapa pasaran luar negara pada suku keempat 2023.

Ia termasuklah beberapa cawangan di Timur Tengah, China, dan India di mana pertumbuhan jualan berada pada 0.7% dalam suku keempat 2023 iaitu jauh di bawah jangkaan pasaran.

McDonald’s di rantau Asia Barat catat impak terbesar

Tambah Kempczinski lagi, perniagaan McDonald’s di Malaysia, Indonesia dan Perancis juga terjejas, namun lokasi yang paling teruk kesannya adalah di rantau Asia Barat.

“Selagi perang ini (Israel-Gaza) berterusan, kami tidak menjangkakan sebarang pemulihan signifikan bagi pasaran-pasaran tersebut,” katanya.

Perniagaan syarikat itu bergantung kepada sistem francais di mana ribuan syarikat persendirian mengendalikan dan memiliki sebahagian besar daripada lebih 40,000 cawangannya di seluruh dunia.

Beri beribu-ribu askar Israel makanan percuma punca kempen boikot di seluruh dunia

McDonald’s mula menerima pelbagai kecaman dan kritikan dari seluruh dunia selepas francaisnya yang berpangkalan di Israel menyatakan bahawa ia memberi beribu-ribu makanan percuma kepada askar rejim Zionis itu.

McDonald’s di Malaysia juga tidak terkecuali, malah sudah menjadi sasaran utama diboikot setiap kali tercetusnya peperangan dan konflik di antara Palestin dan Israel.

Baca Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Dedah Tidak Terlibat Dalam Penindasan Rakyat Palestin

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.