fbpx
Now Reading
McDonald’s Malaysia Tarik Balik Saman RM6 Juta Terhadap BDS Malaysia

McDonald’s Malaysia Tarik Balik Saman RM6 Juta Terhadap BDS Malaysia

Menurut Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar penjelasan BDS Malaysia sewaktu proses mediasi menyebabkan mereka menarik semula saman undang-undang yang telah difailkan tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (22 Mac) McDonald’s Malaysia mengumumkan pihaknya akan menarik semula saman undang-undang fitnah yang telah difailkan terhadap kumpulan pro-Palestin, Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia.

Difahamkan keputusan itu diambil selepas respon positif hasil proses mediasi dilakukan antara McDonald’s Malaysia dan juga BDS Malaysia.

Tindakan failkan saman adalah untuk memaklumkan kedudukan McDonald’s Malaysia

Pengarah Urusan syarikat berkenaan dan rakan operasi tempatan, Datuk Azmir Jaafar memaklumkan tindakan memfailkan saman undang-undang fitnah jenama berkenaan adalah untuk memastikan kedudukan McDonald’s Malaysia tentang konflik yang berlaku di Timur Tengah secara jelas.

“Dengan hasil positif pengantaraan dan penjelasan yang dibuat oleh BDS dalam kenyataan mereka baru-baru ini, mengakui bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah bebas sepenuhnya daripada McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman undang-undang itu,” ujarnya, lapor NST.

Kekal teguh dengan pendirian tak sokong atau terlibat dengan peperangan

Kata beliau lagi, pendirian syarikat restoran makanan segera itu teguh dan tidak menyokong atau terlibat di dalam sebarang konflik atau peperangan

“Setelah beroperasi selama lebih empat dekad di Malaysia dan menjadi perniagaan 100% milik Muslim, kami berbangga menjadi ahli masyarakat setempat tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami terhadap ketelusan.”

Ambil keputusan untuk tarik semula saman dan fokus cari resolusi

Jelasnya lagi, McDonald’s juga komited untuk membantu rakyat di Palestin yang terjejas disebabkan konflik yang berlaku dengan menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan menganjurkan aktiviti seperti mengumpul dana untuk terus memberikan bantuan di Gaza.

“Kami berharap keputusan yang dilakukan pada hari ini membolehkan semua pihak maju ke hadapan dan fokus mencari resolusi yang akan menegakkan keadilan,” katanya.

Pada December tahun lalu, syarikat Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd yang memegang lesen McDonald’s di Malaysia telah meminta BDS Malaysia untuk membuat permohonan maaf atas kenyataan yang berunsur fitnah dan ganti rugi khas sebanyak RM6 juta.

Baca artikel berkaitan: “Terima Kasih McD, Saman Mereka Jadikan Kami Lebih Terkenal” – BDS Malaysia

Baca artikel berkaitan: Isu Boikot, McDonald’s Malaysia Saman BDS Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.