fbpx
Now Reading
Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

Pembatalan GVF2023 ekoran dari aksi dan kenyataan biadab yang dipamerkan oleh vokalis The 1975, Matty Healy sewaktu mengadakan persembahan di Sepang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil sebentar tadi mengarahkan penganjuran Festival Good Vibes 2023 dibatalkan secara serta merta.

Keputusan ini ekoran dari aksi dan kenyataan biadab yang dipamerkan oleh vokalis The 1975, Matty Healy apabila dia mengkritik undang-udang LGBT Malaysia selain bertindak mencium bassist kumpulan sewaktu mengadakan persembahan di Sepang pada malam tadi (22 Julai).

Baca artikel berkaitan: Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

Fahmi dalan satu kenyataan di Instagram menegaskan bahawa pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas yang mana mereka tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara kita.

“Ingin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

“Justeru, saya telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai.”

Mengakui perkara ini akan memberikan kesan kepada orang ramai yang sudah membeli tiket. Fahmi turut menggesa penganjur iaitu Future Sound Asia untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.

“Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan.”

Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.