fbpx
Now Reading
Berry’s Tarik Balik Memo Larangan Tulis ‘Merry Christmas’ Atas Kek

Berry’s Tarik Balik Memo Larangan Tulis ‘Merry Christmas’ Atas Kek

Berry’s sebelum ini didakwa mengeluarkan memo dalaman kepada kakitangan untuk tidak menerima permintaan menulis “Merry Christmas’ di atas kek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial baru-baru ini telah dibanjiri dengan perbincangan tentang larangan penggunaan frasa ‘Merry Christmas’ di atas kek.

Isu ini hangat diperdebatkan oleh orang ramai selepas pengeluaran memorandum yang didakwa daripada syarikat Berry bertarikh 14 Disember 2023 bertajuk “Tidak Dibenarkan Menulis Perkataan Merry Christmas atau X’Mas On Cakes” (“Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes”).

Menjawab isu ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah campur tangan untuk menjelaskannya.

“Tiada halangan bagi premis perniagaan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk menerima permintaan pelanggan menulis sebarang ucapan perayaan pada tempahan kek atau seumpamanya,” jelas JAKIM menerusi Facebook.

Malah isu ini sebenarnya pernah diperjelaskan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2020 dan 2023.

Jabatan itu menggalakkan semua pemegang SPHM untuk mendapatkan rujukan daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN) sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian berhubung pensijilan halal Malaysia.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk terus melayari saluran komunikasi rasmi JAKIM bagi mendapatkan maklumat terkini dan penjelasan mengenai isu halal.


Kedai Roti & Bakeri Berry’s Tarik Semula Kenyataan

Hari ini (18 Disember), kedai roti Berry’s telah menarik semula larangan menulis ucapan Krismas di atas kek di kesemua rangkaiannya berikutan pengumuman kerajaan bahawa tiada larangan terhadap perbuatan tersebut.

Menurut laporan Free Malaysia Today, seorang pembantu kedai di Berry’s Cake House Subang Jaya mengesahkan syarikat itu telahpun menarik semula notis berkenaan.

Mengulas lanjut, individu tersebut meluahkan rasa terkejut apabila kali pertama melihat memo syarikat itu kerana mereka telah menulis ucapan perayaan pada kek selama beberapa tahun tanpa sebarang masalah.

Isu itu juga mulai menjadi kecoh apabila ‘larangan’ berkenaan disiarkan di media sosial oleh seorang pengguna Facebook semalam (17 Disember).

Memo dalaman bertarikh 14 Disember itu didakwa dikeluarkan oleh pihak Berry kepada kakitangannya untuk tidak menerima permintaan ucapan Krismas pada kek.

Susulan kes itu, Menteri Hal Ehwal Agama Na’im Mokhtar telah terpanggil untuk menjelaskan bahawa tiada sekatan ke atas ucapan perayaan pada kek buat para pelanggan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.