fbpx
Now Reading
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Gara-Gara Konsert Coldplay?

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Gara-Gara Konsert Coldplay?

Isu tersebut menjadi topik bualan selepas TMJ memuat naik gambar keadaan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun telah dua hari berlalu, fenomena konsert kumpulan Britain, Coldplay masih lagi hangat terasa hingga kini.

Persembahan yang memukau oleh kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Will Champion, Jonny Buckland dan Guy Berryman dalam Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour pada 22 November yang lalu nyata memberikan pengalaman yang manis buat peminat setia mereka.

Namun, timbul desas-desus yang mendakwa padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) rosak gara-gara konsert berkenaan.

Persoalan Timbul Selepas TMJ Muat Naik Hantaran Di Instagram

Segalanya bermula apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuat naik gambar memperlihatkan keadaan padang di SNBJ itu melalui akaun Instagram dan Twitter miliknya.

Walau bagaimanapun, hantaran pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’azim (JDT) itu tidak mengandungi sebarang ulasan atau kapsyen.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan beberapa bahagian rumput di padang SNBJ rosak dan berwarna kuning dipercayai kurang mendapat pencahayaan akibat penganjuran konsert Coldplay.

Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada padang tersebut dapat digunakan bagi penganjuran pertandingan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 8 Disember ini.

TMJ Taja Rumput Baharu Jenis Zeon Zoysia

Terdahulu, TMJ telah mengeluarkan jutaan ringgit bagi menukarkan rumput jenis Zeon Zoysia demi keselesaan Harimau Malaya untuk beraksi di stadium tersebut.

Rumput Zoen Zoysia yang menelan kos sehingga RM1.4 juta itu dipasang bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass yang digunakan sebelum itu.

Ini kerana rumput tersebut dibuat daripada bahan yang tahan lasak terutama ketika digunakan dalam waktu hujan atau cuaca panas.

Malah, padang SNBJ pernah mendapat pujian daripada penyokong bola sepak tanah air ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 16 November lalu.

Padang SNBJ sebelum ini juga pernah dikritik hebat selepas ia rosak teruk ketika digunakan untuk Pestabola Merdeka 2023 walaupun baru sahaja dinaik taraf.

Terdahulu, dianggarkan sebanyak 75,000 pengunjung yang hadir menyaksikan konsert Coldplay dalam siri jelajah kumpulan berkenaan pada 22 November yang lalu.

Konsert yang diadakan di SNBJ itu merupakan persembahan sulung kumpulan berkenaan di Malaysia.

Pun begitu, ada netizen berpendapat ia hanyalah sementara dan akan kembali pulih dalam beberapa minggu.

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Boleh Ambil Rumput Di Stadium Bukit Jalil Secara Percuma Hari Ini!

Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Di Stadium Nasional Bukit Jalil Dipenuhi Longgokan Sampah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.