https://twitter.com/StadiumMalaysia/status/1641263038908215297?s=20
Hari ini (31 Mac), Stadium Nasional Bukit Jalil memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil rumput jenis Cow Grass di padang stadium berkenaan.
Perbadanan Stadium Malaysia memberikan tawaran itu kepada orang awam secara percuma sempenan penggantian rumput padang yang baharu.
Rumput Cow Grass digantikan dengan rumput Zeon Zoysia
Menerusi hantaran di laman Twitter rasminya, jenis rumput Cow Grass yang digunakan sebelum ini akan digantikan dengan jenis rumput Zeon Zoysia.
Namun tawaran itu menggunakan konsep ‘first come, first serve’ yang bermaksud siap cepat dia dapat.
Waktu pengambilan libatkan dua sesi
Difahamkan, waktu pengambilan rumput bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 5 petang.
“Waktu pengambilan melibatkan dua sesi iaitu bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 3 petang sehingga 5 petang.
“Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk membawa bekas yang bersesuaian untuk mengisi rumput dan gunakan laluan ke trak (Ramp32) bagi urusan pengambilan rumput.