fbpx

Konsert Coldplay Di Stadium Nasional Bukit Jalil Dipenuhi Longgokan Sampah [Video]

Lebih mengecewakan, sisa makanan dan minuman yang sepatutnya berada di dalam tong sampah turut terbiar di atas jalan raya, luar kawasan stadium konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, semalam (22 November) telah berlangsungnya konsert kumpulan rock Britain, Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kemeriahan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur itu jelas kelihatan apabila ia dibanjiri dengan ribuan penonton yang hadir.

Tidak kurang juga para peminat kumpulan itu yang berkongsi video saat mereka beratur sebelum memasuki stadium, malah ada yang datang seawal pagi semalam demi berada di barisan paling hadapan.

Pun begitu, di sebalik kemeriahan itu, terdapat juga perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang orang ramai yang dilakukan oleh segelintir peminat kumpulan terbabit.

Tular rakaman kawasan sekitar luar stadium dipenuhi longgokan sampah

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @kaypohmedia, kelihatan longgokan sampah memenuhi jalan di kawasan para penonton beratur.

Longgakan sampah itu sedikit sebanyak telah mencemarkan dan mengotori pemandangan di sekitar kawasan luar stadium terbabit.

Lebih mengecewakan, sisa makanan dan minuman yang sepatutnya berada di dalam tong sampah turut terbiar di atas jalan raya sebegitu sahaja.

Ramai kecam tindakan segelintir peminat Coldplay yang disifatkan sebagai pengotor

Susulan itu, rata-rata pengguna X mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu yang dilakukan oleh segelintir peminat Coldplay.

Malah, kelakuan tersebut dilihat amat bertentangan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Coldplay yang telahpun menaja Interceptor 005 pada 2021 untuk membersihkan sungai-sungai di Malaysia.

Coldplay tunggu 27 tahun untuk adakan konsert pertama di Malaysia

Difahamkan juga, kumpulan Coldplay telah menantikan selama 27 tahun untuk mengadakan konsert di negara ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh vokalis kumpulan berkenaan, Chris Martin semasa berada di atas pentas.

Berikut komen yang diberikan oleh netizen:
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.