Lelaki Berkerusi Roda Dedah Kelemahan Fasiliti OKU Di KL, Laluan Sedikit Tinggi & Sukar Nak Lalu [Video]
Lelaki terbabit turut menegaskan tentang betapa pentingnya setiap kemudahan OKU diaudit terlebih dahulu oleh pengguna berkerusi roda yang aktif.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan antara negara yang menyediakan kemudahan dan fasiliti awam terutamanya di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur.
Hal ini termasuklah dengan membina fasiliti-fasiliti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) seperti orang buta dan berkerusi roda.
Tular lelaki OKU beri review jujur kelemahan fasiliti laluan kerusi roda
Bagaimanapun, tular di media sosal video seorang influencer lelaki OKU yang dikenali sebagai Izhar Idham memberi ulasan jujur mengenai kelemahan fasiliti OKU di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @braderwheelchair, kelihatan Izhar dan beberapa individu berkerusi roda lain ingin melintas di Jalan P. Ramlee berhampiran KLCC.
Laluan kerusi roda sedikit tinggi, susah nak lalu
Bagaimanapun, setibanya mereka dipertengahan jalan, mereka mendapati laluan OKU itu sedikit tinggi berbanding permukaan jalan menyebabkan mereka sedikit sukar untuk melaluinya.
“Inilah keadaan sebenar untuk kami yang berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yang masih kurang kemudahan untuk OKU.
“Yang mana (kawasan) ada kemudahan OKU, kebanyakannya tidak mengikut spesifikasi yang betul,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Izhar turut menegaskan tentang betapa pentingnya setiap kemudahan OKU diaudit terlebih dahulu oleh pengguna berkerusi roda yang aktif.
Izhar harap pihak atasan lihat dan memperbaiki fasiliti-fasiliti OKU
Selain itu, Izhar juga meminta agar pihak yang berwajib melihat video yang dimuat naiknya itu agar lebih cakna dengan kelemahan-kelemahan fasiliti OKU yang perlu diperbaiki.
“Bila dah ada fasiliti untuk OKU, jangan lah umpama ‘melepaskan batuk di tangga’. Untuk jadikan Malaysia negara maju, bukan dengan hanya bangunan pencakar langit sahaja, tapi kemudahan untuk OKU perlu terbaik juga,” katanya.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Izhar mengenai kemudahan-kemudahan OKU yang perlu dinilai dan diperbaiki semula.
Baca Artikel Berkaitan: