fbpx
Now Reading
‘Pelawak Perlu Ada Sensitiviti & Empati’-Harith Iskander Sekolahkan Jocelyn Chia [Video]

‘Pelawak Perlu Ada Sensitiviti & Empati’-Harith Iskander Sekolahkan Jocelyn Chia [Video]

Menurut Harith, Jocelyn tidak sepatutnya menjadikan tragedi MH370 dan kematian seseorang sebagai bahan lawak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pelawak ‘stand up comedy’ atau komedi berdiri dari Singapura, Jocelyn Chia, mengutuk Malaysia sebagai bahan lawak dalam satu persembahan di sebuah kelab komedi di Amerika Syarikat.

Melalui video tersebut, pelawak itu mengeluarkan kata-kata kesat menghina dan mengejek Malaysia yang masih berstatus sebagai sebuah negara membangun berbanding Singapura.

Namun, kemuncak kemarahan rakyat Malaysia tercetus apabila Jocelyn mula menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan lawak semasa persembahan tersebut.

Perbuatan Jocelyn mengundang respon pelbagai pihak yang rata-ratanya menganggap Jocelyn keterlaluan apabila menjadikan tragedi itu sebagai bahan jenaka.

Baca Artikel Berkaitan: Pelawak ‘Stand Up’ Komedi Singapura Kutuk Malaysia, Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak

Hormat Kebebasan Ekspresi Dalam Dunia Lawak Namun Perlu Ada Sensitiviti Dan Empati

Terbaharu, Harith Iskander yang turut dikenali sebagai ‘Godfather of The Stand-Up Comedy’ telah membuat satu hantaran video menerusi akaun Tik Tok rasminya @harithiskandercomedian sebagai respon kepada lawak yang dibuat oleh Jocelyn itu.

Menurut Harith, Jocelyn tidak sepatutnya menjadikan tragedi MH370 dan kematian seseorang sebagai bahan lawak.

Tambah beliau, seorang pelawak mempunyai kebebasan dalam mengungkapkan setiap perkara menjadi bahan jenaka.

Namun, beliau berpendapat setiap pelawak perlu menyemai sensitiviti dan empati dengan tidak menjadikan perkara peribadi dan kematian sebagai bahan lawak.

“Sebagai pelawak, saya menghormati kebebasan ekspresi ketika berlawak namun, pentingnya untuk mengamalkan sensitiviti dan empati ketika bercakap mengenai sesuatu perkara khususnya yang melibatkan perkara peribadi atau tragis,’ katanya.

Komedi Berperanan Sebagai Alat Media, Beri Kesan Kepada Semua

Menerusi video yang telah menerima lebih 1 juta tontonan itu, Harith turut mengingatkan bahawa dunia komedi sebagai satu alat media yang boleh memberi impak kepada individu.

Malah, sama seperti seni yang lain, komedi bersifat subjektif dan pelawak seharusnya tahu lawak yang dipersembahkan boleh memberi kesan yang berbeza kepada seseorang.

“Komedi, seperti semua bentuk seni merupakan satu ungkapan yang subjektif. Ini bermaksud mungkin ia lawak bagi seseorang, namun tidak bagi individu yang lain,” katanya.

Jocelyn Patut Lebih Bijak, Pelawak Perlu Cipta Suasana Positif

Tambah Harith, dia percaya, seorang pelawak seharusnya mencipta suasana yang positif dan inklusif dalam dunia komedi.

Justeru, Jocelyn seharusnya menjadi lebih bijak dan peka dengan tidak menjadikan tragedi MH370 dan kematian sebagai bahan jenaka.

Baginya, dengan dunia internet yang serba pantas pada masa kini, tindakan Jocelyn ini bakal memberikan impak yang besar.

Malah, di akhir video itu juga, Harith sempat membalas kenyataan Jocelyn dengan mengatakan Malaysia berada di tangga pertama dalam hal kebaikan dan bertimbang rasa meskipun hanya berstatus sebuah negara membangun.

Dalam pada itu, kerajaan Singapura turut memohon maaf di atas tindakan biadap pelawak berkenaan.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon bagaimanapun menjelaskan Chia kini bukanlah warga Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara

Baca Artikel Berkaitan: “Buat Lawak Kena Pakai Otak”- Adflin Shauki Selar Pelawak Singapura Jadikan MH370 Bahan Jenaka

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.