fbpx
Now Reading
“Buat Lawak Kena Pakai Otak”- Adflin Shauki Selar Pelawak Singapura Jadikan MH370 Bahan Jenaka

“Buat Lawak Kena Pakai Otak”- Adflin Shauki Selar Pelawak Singapura Jadikan MH370 Bahan Jenaka

Menurut Afdlin Shauki, ketika berjenaka pelawak perlu menggunakan akal fikiran serta tidak menggunakan topis yang menyentuh sensitiviti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan pelawak wanita warga Singapura, Jocelyn Chia yang menjadikan Malaysia serta kehilangan pesawat MH370 pada tahun 2014 sebagai bahan jenakanya.

Malah menerusi video, pelawak itu turut mengeluarkan kata-kata kesat sebaik sahaja salah seorang penonton memaklumkan dia berasal dari Malaysia selain turut membuat perbandingan tentang kemajuan di negaranya.

Dia kemudian bertanya kepada penonton tidakkah berita kehilangan pesawat itu suatu yang kelakar sehingga ditegur oleh individu lain yang memberitahu dia mungkin akan dibenci rakyat Malaysia kerana lawak jenaka yang dipersembahkan.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang merasakan pelawak berkenaan tidak sepatutnya menjadikan kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka.

Baca artikel berkaitan: Pelawak ‘Stand Up’ Komedi Singapura Kutuk Malaysia, Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak

Sifatkan tindakan pelawak Singapura melampaui batas

Terbaharu pelawak tanah air, Afdlin Shauki menyatakan tindakan pelawak wanita tersebut merupakan sesuatu yang melampaui batas.

Ujarnya, kandungan bahan jenaka yang dipersembahkan oleh pelawak Singapura itu tidak sepatutnya berlaku serta ia hendaklah dielakkan oleh pelawak lain.

“Kalau pelawak itu berasal dari Malaysia, saya akan menegaskan kepadanya bahawa lawaknya melampaui batas, tetapi disebabkan pelawak berasal dari Singapura, saya tahu mereka jenis melawak ikut suka hati seperti sesetengah pelawak di luar negara.

“Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan.

“Jujurnya, saya tak dengar lawaknya lagi, tetapi saya tahu ia adalah perkara sensitif. Bila membabitkan kematian orang lain, ia tak sepatutnya dipersenda.

“Saya tahu ada pelawak Malaysia juga menghentam pelawak Singapura. Hentam menghentam adalah perkara biasa dalam ‘stand-up comedy’, cuma bila sebut MH370, tak kira apa jenakanya, bagi saya ia terlalu sensitif,” jelas pelawak itu, dipetik BH Online.

Pelawak perlu sensitif, elakkan ambil topik tentang kematian

Ekoran dari perkara itu, Afdlin menyifatkan mereka yang merupakan pelawak hendaklah sensitif dengan hal tersebut serta menghindari dari memilih topik mengenai kematian.

“Buat lawak kena pakai otak, sesetengah pelawak nak senang memancing orang ketawa, gunakan topik sedemikian. Banyak lagi bahan boleh digunakan.

“Perkara sensitif jangan sebut, setakat komen sosial tak mengapa, tetapi bila sampai menghina orang mati sudah terlalu jauh.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.