fbpx
Now Reading
Polis Buka Siasatan Kes Pengguna Twitter Keluar Kenyataan Jelik Tentang Nahas Helikopter

Polis Buka Siasatan Kes Pengguna Twitter Keluar Kenyataan Jelik Tentang Nahas Helikopter

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Saifuddin Shafik telah mengeluarkan komen jelik terhadap mangsa yang maut dalam tragedi helikopter di Lumut, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tragedi helikopter yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa lalu (23 April) benar-benar mendukacitakan seluruh negara sehingga Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sabtu ini dibatalkan.

Pembatalan itu kemudiannya digantikan dengan majlis tahlil untuk kesemua mangsa yang terkorban dalam nahas terbabit.

Di sebalik kesedihan itu, wujud segelintir pihak yang tidak bertimbang rasa dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa.


Individu Didakwa Hina Mangsa Nahas Helikopter Di Lumut, Perak

Memetik laporan media, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Saifuddin Shafik telah mengeluarkan kata-kata yang agak biadap terhadap mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan.

Susulan kejadian itu, seorang pengamal media, Wat Kamal Abas, 51, tampil membuat laporan polis kerana berpendapat kenyataan yang ditulis oleh individu itu agak melampau.

Memetik Berita Harian, laporan polis terbabit telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada beerlaku kejadian.

“Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran,” kata wartawan Utusan itu.

Meskipun kenyataan tersebut telah dipadam oleh lelaki berkenaan dan status privasinya telah diubah, namun tangkap layar ciapannya masih tular di media sosial.

Sumber: Media sosial

Pihak Polis Kini Buka Siasatan

Dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook Polis Diraja Malaysia, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa mereka kini telah membuka kertas siasatan berhubung kelakuan pemilik akaun X yang dikatakan memuat naik komen tidak beradab berhubung insiden helikopter di Lumut, Perak.

Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995, Seksyen 504 Kanun Keseksanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM.

Kertas siasatan itu kemudiannya dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro yang dipercayai milik individu terbabit telahpun dirampas.

Susulan itu, PDRM menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga mangsa. Jika tidak, tindakan tegas akan diambil oleh pihak PDRM terhadap individu yang terlibat.

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Lumut: Anak Mangsa Terima Sumbangan RM1,000 Dalam Akaun SSPN

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sangka Itu Kali Terakhir Jumpa” – Bekas Rakan Sekelas Sebak Dengar Berita Pemergian Mangsa Helikopter Di Lumut

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Ibu Dah Tiada, Bacalah Ini” – Hantaran Lama Mangsa Kemalangan Helikopter Di Lumut Buat Ramai Sebak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.