fbpx
Now Reading
Jocelyn Chia Sifatkan Tindakan Pihak Berkuasa Malaysia Minta Bantuan Interpol Sebagai Merepek

Jocelyn Chia Sifatkan Tindakan Pihak Berkuasa Malaysia Minta Bantuan Interpol Sebagai Merepek

Menurut Chia, dia tidak ‘mempersendakan tragedi’ mahupun mangsa dalam kejadian tersebut sebaliknya mencari jenaka dalam tragedi berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu tular di media sosial video pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang menjadikan Malaysia dan MH370 sebagai kandungan bahan jenakanya.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat di negara ini kerana tragedi dan kematian tidak sepatutnya dijadikan bahan lawak.

Ekoran dari video tersebut, PDRM memaklumkan akan memohon bantuan daripada pihak Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mendapatkan informasi penuh mengenai identiti serta lokasi Chia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan permohonan itu akan dilakukan pada 15 Jun untuk siasatan lanjut.

Selain itu PDRM juga memaklumkan salinan transkrip berhubung ucapan yang dibuat oleh Chia menerusi video tersebut turut dilakukan.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Baca artikel berkaitan: PDRM Dapatkan Bantuan Interpol, Jejak Identiti & Lokasi Jocelyn Chia

Sifatkan tindakan PDRM buat permohonan pada Interpol berlebihan

Terbaharu, Chia menyifatkan tindakan PDRM meminta bantuan dari pihak Interpol kerana jenaka yang dilakukan sebagai sesuatu yang berlebihan.

Chia memaklumkan kepada BBC, dia tidak ‘mempersendakan tragedi’ serta mangsa dalam kejadian itu, sebaliknya mencari jenaka dalam tragedi tersebut.

Pelawak yang membesar di Singapura menyifatkan bahawa tindakan melibatkan Interpol merupakan satu perkara yang ‘tidak masuk akal’.

Interpol bagaimanapun memaklumkan kepada BBC bahawa pihaknya belum menerima sebarang permohonan bantuan berhubung kes tersebut daripada pihak polis Malaysia.

Chia mahu lihat siapa pegawai Interpol yang terima permohonan

Chia menerusi ciapan di Twitter miliknya turut memaklumkan dia suka untuk melihat wajah pegawai Interpol yang menerima permintaa tersebut.

“Kelahiran Amerika sebenarnya. Suka melihat wajah pengawai Interpol yang menerima permintaan ini,” tulisnya.

Terdahulu, Chia menyatakan dia tidak berdendam kepada Malaysia dan menjelaskan rutin lawak seperti itu telah dilakukan “lebih daripada seratus kali” selama satu setengah tahun tanpa apa-apa masalah.

Tetapi apabila terdapat segmen yang dikeluarkan dalam satu klip video pendek dan dimuat naik di media sosial ada konteks yang penting telah hilang.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.